Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Buaya 130kg ditangkap

Buaya 130kg ditangkap

Kakitangan Perhilitan mengikat buaya itu sebagai langkah keselamatan sambil diperhatikan orang awam.

HULU BERNAM - Buaya yang muncul di pintu air Ampangan Sungai Bernam sejak dua minggu lalu akhirnya berjaya diselamatkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), hari ini.

Pengarah Perhilitan Selangor, Abdul Rahim Othman berkata, operasi menangkap buaya betika spesis julung-julung dengan panjang 3.3 meter dan dianggarkan seberat 130 kilogram itu dilakukan 12 kakitangan yang dibantu tiga orang awam pada jam 6 pagi.

“Operasi penangkapan menggunakan kaedah jerut tali dan proses pemindahan selesai pada jam 10.50 pagi. “Buaya ini akan ditempatkan di Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Selangor,” katanya.


Kemaskini pada 2018-11-14 12:24:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page