Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

W3C


 

image

 

PENGENALAN

 

Portal Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor menyediakan kemudahan untuk membantu pengguna portal terutamanya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada kandungan portal ini agar dapat dibaca dan difahami dalam keadaan yang terbaik
selari dengan hasrat dan objektif W3C : Web Accessibility (WAI). Di antara kemudahan - kemudahan yang disediakan di dalam portal ini adalah seperti berikut:

 

1. Pengguna Cacat Penglihatan

 

Bagi pengguna yang cacat penglihatan, terdapat pembaca teks (text reader) di dalam portal ini. Pembaca teks tersebut disediakan untuk kandungan Perutusan,
Pengenalan, Ucapan, Artikel, Berita serta pelbagai kandungan yang lain. Ianya akan menghasilkan suara yang dijana secara automatik sebagai altenatif kepada
pengguna cacat penglihatan dimana mereka boleh mendengar dengan jelas isi kandungan yang ingin disampaikan. Terdapat 2 cara yang boleh digunakan :

 

(a) Pautan kepada pembaca teks :

  • Semasa melayari laman ini, anda akan menemui ikon image"Dengar teks ini"  pada penjuru-atas kanan kandungan/artikel tersebut.
  • Klik padanya dan satu tetingkap baru akan muncul. Sila tunggu sebentar sementara laman tersebut sedang di'load'.
  • Anda boleh mendengar suara pembaca teks sejurus selepas ianya selesai dijana.
  • Sila ambil perhatian bahawa ini ialah sebuah aplikasi luaran dan dihos pada pelayan luaran serta merupakan perkhidmatan yang disediakan secara percuma. Masa menunggu akan menjadi lebih lama sekiranya teks yang hendak diproses lebih panjang. Sila ambil perhatian juga, bahawa sebutan yang terhasil tidaklah sesempurna ucapan manusia dan buat masa ini ia hanya menyebut perkataan Bahasa Inggeris dengan betul.

atau

(b) IE Page Reader :

  • Dapatkan IE Page Reader
  • Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Windows2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini
  • Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain
  • Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini

2. Pengguna warga tua

 

Pengubah saiz teks - Portal Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor juga menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas Portal Selangor iaitu di antara "Pilihan Bahasa" dan "Carian".
Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

 

image

 

3. Pilihan Bahasa

 

Terdapat pelbagai pilihan bahasa yang disediakan oleh Portal Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor iaitu Bahasa Inggeris, Arab dan Jepun. Pengguna boleh memilih bahasa yang bersesuai dengan mereka untuk membaca kandungan di Portal Pejabat Daerah/Tanah Hulu  Selangor. Menu pilihan bahasa terdapat di "banner" Portal Pejabat Daerah/Tanah Hulu Selangor.

 

image


Kemaskini pada 2016-06-20 12:28:45 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page