Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

"Tak Reti Guna Tong Sampah"

  • Pemandangan kotor di sekitar tong sampah roro MDHS yang baru diletakkan.Pemandangan kotor di sekitar tong sampah roro MDHS yang baru diletakkan.
< 1 / 1 >

SUNGAI CHOH - Masalah sikap penduduk yang tidak membuang sampah ke dalam tong disediakan menjadi punca persekitaran kotor di kawasan tong sampah roro.

Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), June Leaw berkata, masalah itu turut menyebabkan bau busuk dan mencemarkan imej kawasan berkenaan terutama yang berhampiran dengan kedai makan mahupun jalan besar.

“Keadaan ini berlaku di kawasan tong sampah roro dekat simpang tiga Sungai Choh.

“Kawasan ini bersebelahan dengan kedai makan dan merupakan laluan utama pengguna Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dan persimpangan menghala ke Bukit Beruntung.

“Kalau keadaan begini berterusan akan mengundang pelbagai masalah termasuk memaksa pihak majlis melakukan pembersihan berterusan sedangkan ia tanggungjawab bersama,” katanya.

Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Hulu Selangor berkata, MDHS telah menyediakan tong sampah roro yang baru di kawasan tersebut setelah terdapat aduan berhubung masalah tong rosak dan persekitaran kotor.

Namun katanya, kemudahan baru itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk yang tetap membuang sampah di luar tong sampah.

“Kita baru buat pembersihan kawasan tapak sampah tapi hari kedua, sudah kotor balik,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelak masalah sama terus berlaku, pihaknya memohon penduduk di kawasan tersebut supaya memberi kerjasama menjaga kebersihan dan memanfaatkan sepenuhnya kemudahan disediakan.


Kemaskini pada 2015-01-08 17:23:37 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page