Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

MPHS semai 13,000 pokok bunga loceng gurun, catat rekod MBOR

image
Wakil Malaysia Book of Records (MBOR) menyerahkan pengiktirafan penganjuran program semaian pokok Ruellia Simplex paling banyak di Malaysia kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) selepas menyemai 13,000 pokok bunga loceng gurun di Kebun Komuniti Berpusat, Bukit Beruntung, kelmarin. FOTO MPHS.
 

SHAH ALAM, 19 APRIL: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi penanaman 13,000 pokok bunga loceng gurun di Kebun Komuniti Berpusat, Bukit Beruntung, kelmarin.

Program anjuran Jabatan Landskap MPHS sempena sambutan bulan World Landscape Architecture Month (WLAM) itu melibatkan 170 individu terdiri daripada kakitangan, wakil agensi kerajaan dan komuniti daerah.

“Menariknya, semaian 13,000 benih pokok bunga loceng gurun atau nama saintifiknya Ruellia Simplex merupakan simbolik kepada 13 mukim yang ada dalam Hulu Selangor,” katanya di Facebook.

Program berkenaan disempurnakan Penolong Setiausaha MPHS Shaiful Rizza Piamin dan turut dihadiri wakil Jabatan Landskap Negara dan pihak MBOR.

Menurut MPHS, proses semaian selama lebih 8 jam bermula jam 7.30 pagi itu berbaloi apabila menerima pengiktirafan penganjuran program semaian pokok Ruellia Simplex paling banyak di Malaysia.

“Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Tanpa anda semua program ini tidak akan berjaya,” katanya.


Kemaskini pada 2024-04-22 08:28:23 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page