Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Tiga ahli Geng Samun Ayoi diberkas

22 April 2024 11:15am

Antara barang yang dirampas berkaitan kes samun kedai serbaneka di Hulu Selangor.
Antara barang yang dirampas berkaitan kes samun kedai serbaneka di Hulu Selangor.

 

HULU SELANGOR - Polis menumpaskan Geng Ayoi yang didalangi tiga lelaki dalam kes samun kedai serbaneka 24 jam sekitar kawasan daerah ini dan Gombak, pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 32 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada jam 3 pagi.

"Kita merampas sebuah motosikal Honda RSX, dua topi keledar, sehelai baju warna hitam dan sepasang kasut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Faizal berkata, kumpulan itu bergiat aktif melakukan jenayah samun awal Januari lalu.

 

"Kumpulan yang bersenjatakan sepana itu akan memaksa mangsa menyerahkan barang berharga.

"Kumpulan tersebut terlibat dalam enam kes samun kedai serbaneka 24 jam, satu kes samun tepi jalan dan dua kes curi motosikal," katanya.
 

Beliau berkata, hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah.

"Ujian air kencing kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (thc).

"Kesemua suspek direman enam hari bermula dari Ahad hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 397 akta sama," katanya.


 


Kemaskini pada 2024-04-23 10:31:35 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page