Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Bersih saliran elak bah di Batu 30 Ulu Yam berulang, bakal bina tadahan air

image
Keadaan saliran yang dibersihkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Jabatan Pengairan dan Saliran bagi mengelak banjir berulang di Taman Batu 30, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor ketika tinjauan pada 2 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 

HULU SELANGOR, 3 MEI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membersihkan saliran sepanjang 200 meter di Batu 30, Ulu Yam di sini bagi mengelak kejadian banjir berulang.

Ahli Majlis Zon 15 Rajasegaran Ramaiah bagaimanapun berkata pembersihan itu merupakan perancangan jangka pendek sementara projek tadahan air sebagai perancangan jangka panjang siap dibina.

“Sebelum ini setiap kali berlakunya hujan yang sangat lebat dalam tempoh 20 hingga 30 minit limpahan air akan keluar mengalir deras hingga masuk ke beberapa kawasan perumahan di sini.

“Perkara ini sudah dibawa ke peringkat JPS, MPHS serta Pejabat Tanah dan Daerah. Perancangan jangka panjang kita adalah untuk membina projek tadahan air di kawasan berhampiran,” katanya kepada Selangorkini.

Rajasegar menjelaskan pihaknya juga sedang menunggu proses pengambilan tanah lulus sebelum meneruskan rancangan jangka panjang itu.

“Kita harap penduduk khususnya di Batu 30 dan kawasan berhampiran bersabar, kita akan berusaha memastikan kolam tadahan ini dapat dilaksana segera,” katanya.

image
Penduduk Halijah Mohd Ali, 71 menunjukkan ketinggian paras air susulan banjir di kawasan Taman Batu 30, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor baru-baru ini ketika tinjauan pada 2 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Kelmarin, EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu menerusi Facebook mengucapkan terima kasih kepada Rajasegaran yang menyelesaikan isu banjir di kawasan itu dalam tempoh singkat.

“Terima kasih kepada Ahli Majlis kawasan Batu 30 Rajasegaran Ramaiah yang menyelesaikan masalah banjir di Taman Batu 30.

“Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada JPS serta MPHS yang menyelesaikan masalah ini dengan pantas,” ujarnya.

Sebelum ini, kawasan Batu 30 kerap dilanda banjir sekiranya berlaku hujan lebat dalam tempoh kurang setengah jam dan kira-kira 30 unit kediaman dimasuki air.


Kemaskini pada 2024-05-03 11:33:53 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page