Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Penduduk Ulu Yam lega MPHS, JPS bersihkan saliran elak banjir

image
Penduduk Sahidin Karim, 76, menunjukkan saliran yang sudah dibersihkan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi mengelak banjir berulang di Taman Batu 30, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor ketika tinjauan pada 2 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 

HULU SELANGOR, 4 MEI: Rata-rata penduduk lega saliran sepanjang 200 meter di Batu 30, Ulu Yam di sini dibersihkan pihak berkuasa baru-baru ini sekali gus mengurangkan risiko banjir.

Warga emas Muda Umar, 78, juga berharap projek mendalam dan melebar longkang diteruskan berikutan air memasuki rumah setiap kali hujan lebat dalam masa kurang 30 minit sebelum ini.

image
Muda Umar, 78. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) kerana membersihkan saliran,” katanya yang menetap di sini lebih 20 tahun.

Kakitangan swasta Muhammad Nabil Abdul Razak, 36, turut mengakui resah untuk meninggalkan kediamannya dalam tempoh lama kerana bimbang rumahnya dinaiki air.

“Harap JPS, MPHS segera bina kolam tadahan air kerana rata-rata penduduk hendak tinggalkan kediaman dalam jangka masa lama risau air masuk dalam rumah.

image
Muhammad Nabil Abdul Razak, 36. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Sebelum ini, air kerap masuk rumah setiap kali hujan lebat tetapi selepas dua tahun menetap sini kami membina tembok depan rumah untuk menahan air masuk,” katanya yang bekerja di Petaling Jaya.

Perkara sama dikongsikan penduduk Sahidin Karim, 76, yang lebih 30 tahun menetap di sini apabila mengeluh air masuk ke dapur rumah setiap kali hujan lebat.

“Saya berterima kasih kepada ahli majlis, MPHS dan JPS tetapi harapnya projek tadahan air dapat disegerakan,” katanya.

Sebelum ini, MPHS dan JPS https://selangorkini.my/2024/05/bersih-saliran-elak-bah-di-batu-30-ulu-yam-berulang-bakal-bina-tadahan-air/ membersih saliran sepanjang 200 meter di Batu 30, Ulu Yam di sini bagi mengelak kejadian berulang.

Ahli Majlis Zon 15 Rajasegaran Ramaiah berkata pembersihan itu perancangan jangka pendek sementara projek tadahan air sebagai perancangan jangka panjang siap dibina.

image
Penduduk Halijah Mohd Ali, 71 menunjukkan ketinggian paras air susulan banjir di kawasan Taman Batu 30, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor baru-baru ini ketika tinjauan pada 2 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 

 


Kemaskini pada 2024-05-06 15:02:38 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page