Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Negeri sasar bina lebih 200,000 unit rumah mampu milik pada 2028

image
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim (empat, kanan) serta tetamu jemputan melakukan gimik pecah tanah Rumah Selangorku Lagenda Ardea di tapak pembinaan Lagenda Ardea, Bernam Jaya, Hulu Selangor pada 3 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 

HULU SELANGOR, 3 MEI: Selangor menyasarkan pembinaan lebih 200,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2028 bagi membantu ramai rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sasaran pembinaan itu dilonjak berikutan kejayaan Kerajaan Negeri membina 45,000 unit rumah sejak 2018.

Beliau menjelaskan lebih 140,000 unit rumah mampu bilik Bawah RM250,000 diluluskan pentadbirannya setakat ini, dengan sebahagiannya dalam proses pembangunan.

image
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat replika Rumah Selangorku Lagenda Ardea selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan Lagenda Ardea, Bernam Jaya, Hulu Selangor pada 3 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

 

“Kerajaan Negeri menyasar pembinaan 40,000 rumah diluluskan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor setiap tahun untuk penggal ini. Ini matlamat negeri untuk menyediakan rumah mampu milik,” katanya.

Ditemui selepas majlis pecah tanah Rumah Selangorku Lagenda Ardea di sini hari ini, jelasnya, Kerajaan Negeri turut menumpukan pembangunan semula bandar dengan pelbagai kemudahan moden.

Mengambil contoh beberapa kawasan antaranya Petaling dan Hulu Selangor, Amirudin berkata banyak perumahan yang dibina sekitar 90-an perlu dibangunkan semula dan diberi nafas baharu.

“Kerajaan Negeri akan melaksanakan ‘boosting’ projek seperti pembangunan institusi pengajian, latihan dan sektor pembuatan kereta bagi membugarkan ekonomi sekitar kawasan berkenaan,” katanya.


Kemaskini pada 2024-05-06 15:08:01 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page