Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Menderita Kanser Hati

  • Menderita kanser hati
< 1 / 1 >

BUKIT BERUNTUNG - “Sejak ditimpa penyakit ini, saya tidak mampu lagi menjalani aktiviti harian seperti biasa.” Begitulah luahan seorang bekas juruteknik komputer, Syed Murtadha Syed Mohd Alhabshi,39, yang kini menderita selepas disahkan mengidap penyakit kanser hati tahap empat sejak April tahun lalu.

Disebabkan keadaannya yang tidak mengizinkan itu, Syed terpaksa berhenti bekerja dan tinggal bersama ibunya yang sudah tua dan uzur di Apartment Teratai, di sini.

“Saya terpaksa meninggalkan jawatan yang dipegang sejak 17 tahun lalu disebabkan tidak lagi mampu untuk berkerja dan sering sakit.

“Selepas itu, ibu yang banyak membantu memandangkan saya memerlukan penjagaan yang rapi,” katanya.

Menceritakan lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya itu, Syed memaklumkan bahawa sehingga kini dia masih meneruskan rawatan di Hospital Selayang sebanyak tiga kali seminggu sehingga terdapat penderma hati yang sudi membantu menderma organ berkenaan.

Menurut Syed, buat masa ini, pihaknya sedang menunggu giliran bagi menjalani pembedahan untuk mengantikan hati yang rosak tersebut.

“Kalau ada pihak yang sudi tampil untuk dermakan hati buat saya, pembedahan ini akan dapat dijalankan segera dan tidak lagi perlu menunggu giliran.

“Penyakit saya sudah berada pada tahap empat dan ia memerlukan pembedahan segera,” katanya.

Dalam pada itu, menurut ibunya, Sharifah Ruhani Syd Abbas berkata, dia perlu memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak sulungnya itu memandangkan penyakit yang dihidapinya kini semakin teruk.

Walaupun dirinya juga sudah uzur dan tua, Ruhani terpaksa mengagahkan diri membawa Syed ke hospital pada setiap minggu bagi menjalani pemeriksaan rutin di sana.

“Saya juga mengidap penyakit darah tinggi dan kencing manis. Namun itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus kuat bersama Syed kerana kami hanya tinggal berdua,” katanya.

Sementara itu, penderitaan yang ditanggung Syed menarik perhatian Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia yang turut melawat keadaan dua beranak tersebut.

Pengerusinya, Sheikh Ahmad Nafiq Alfirdaous berkata, pihaknya sejak tahun lalu telah mengambil beberapa tindakan untuk membantu meringankan beban ditanggung Syed.

“Sebelum ini, kami telah mendapatkan bantuan Pejabat Zakat Kuala Kubu Bahru sebanyak RM250 sebulan.

“Dan kami turut jalinkan kerjasama dengan Perkeso untuk dapatkan 'one time off' pampasan kepadanya.

“Kini kami sedang dalam proses perbincangan untuk teruskan usaha bagi pastikan dia (Syed) dapat keluarkan carumannya untuk kegunaan masa depan,” katanya.

Ahmad Nafiq berkata, pihaknya turut merayu kepada masyarakat supaya membantu meringankan beban dengan menyampaikan bantuan tidak kira dari segi moral atau kewangan.

Katanya, Syed masih meneruskan rawatan di hospital setiap minggu dan ia turut memerlukan kos perjalanan dan rawatan.

“Jadi sumbangan orang ramai dapat membantu mengurangkan beban ,” katanya.

Tambah Nafiq, pihaknya juga merayu kepada mana-mana pihak yang sudi mendermakan sebahagian hati kepada Syed untuk tampil ke hadapan.

Dalam pada itu, sesiapa yang ingin menyampaikan sumbangan boleh berbuat demikian di akaun Bank Islam 12-092-02-013208-9 : Sharifah Ruhani Syd Abbas.


Kemaskini pada 2015-02-23 10:40:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page