KUALA KUBU BHARU - Bagi menerapkan langkah keselamatan diri, Balai Bomba Kuala Kubu Bharu kini giat menjalankan latihan kebakaran di beberapa agensi serta sekolah sekitar daerah ini.
Pemangku Ketua Balai Bomba Kuala Kubu Bharu, P Kireetharan berkata, langkah berkenaan adalah sebagai pendedahan dan langkah pencegahan bagi membolehkan orang awam sentiasa peka dengan tindakan yang boleh diambil ketika berlakunya sebarang kejadian kebakaran.
“Kita memfokuskan kepada agensi kerajaan, sektor perindustrian serta sekolah dalam usaha bagi memberikan pendedahan ini,” katanya.
Menurutnya, latihan kebakaran ini sedang giat dilaksanakan dalam usaha untuk menggelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku sebelum kehadiran anggota bomba dalam sesuatu kejadian.
Tambahnya, usaha ini akan diteruskan agar setiap masyarakat di daerah ini menerima pendedahan sewajarnya berhubung langkah-langkah keselamatan yang dapat diambil.
Kemaskini pada 2015-04-29 08:55:50 daripada