Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

15 Tahun Ceroboh Tanah Kerajaan

15 tahun ceroboh tanah kerajaan
Kebun sayur seluas 6.4 hektar yang diusahakan peneroka menggunakan tanah kerajaan.

BUKIT BERUNTUNG - Tiada lagi kompromi! Kerajaan negeri akhirnyamenggempur kawasan tanah kerajaan yang sudah diceroboh secara haram sejak 15 tahun lalu melibatkan 24 hektar tanah hak milik kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya kini bertindak tegas mahu membanteras habis-habisan sindiket teroka tanah kerajaan secara haram di seluruh negeri.

“Kita mengambil tindakan ini untuk memberi mesej kepada peneroka haram yang kebelakangan ini makin banyak meneroka tanah kerajaan secara haram.

“Di Selangor saja, kita anggarkan ada 2,000 hingga 3,000 kawasan telah diteroka secara haram. Masih banyak lagi daerah di Selangor yang telah diteroka secara haram dengan pelbagai jenis tanaman.

“Kita harap masyarakat setempat khususnya individu atau kumpulan terlibat dengan sindiket ini ambil maklum yang kita cukup serius tangani masalah ini.

“Sebelum ini, kita tak pernah buat pendakwaan, tetapi selepas ini kita akan dakwa individu atau kumpulan yang terlibat meneroka tanah kerajaan secara haram di bawah Kanun Tanah Negara selain musnahkan tanaman,” katanya kepada media selepas melakukan Operasi Bersepadu Pencerobohan Tanah Kerajaan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara di SKC Rasa, Mukim Sungai Tinggi, semalam.

Arah henti serta merta

Pihaknya turut memberi amaran keras kepada ketua sindiket yang menawarkan tanah kerajaan kepada peneroka mengatakan tanah itu milik persendirian dan memerlukan peneroka membayar kadar tertentu kepada ketua sindiket.

“Kita tidak boleh biarkan kesalahan besar seperti ini berlaku dan diharapkan mereka yang terlibat dalam kes ini supaya hentikan serta-merta.

“Perlu diingatkan juga, dasar kerajaan negeri kini semakin tegas dan tidak akan memberi tanah kecuali tanah yang diusahakan itu atas tujuan pertanian atau untuk kediaman sebelum 2008.

“Selepas 2008, memang kita akan ambil tindakan. Jadi, bagi mereka yang sudah usahakan tanah itu sebelum 2008, kita akan pertimbangkan, jika tiada halangan, kita akan bantu penduduk.

“Apa yang kita tidak mahu ialah bila orang yang datang dari luar Selangor usahakan tanah kerajaan, buka tanah dan teroka tanah secara haram. Mereka ambil sewa hingga RM14,000 tapi sebaliknya, bukan tanah milik persendirian,” katanya.

Semak sebelum sewa tanah

Justeru, pihaknya menegaskan, pengusaha tanah perlu menyemak terlebih dahulu status tanah yang mahu disewa sebelum mengusahakan sesuatu tanaman.

“Kita tidak mahu pengusaha rasa tertipu. Mereka patut semak terlebih dahulu di Pejabat Tanah dan Daerah dan ambil tahu lot yang disewa itu tanah kerajaan atau tanah milik sendiri.

“Mesej ini juga disampaikan untuk mengelak ramai yang rasa tertipu,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai operasi bersepadu itu, beliau berkata ia melibatkan 24 hektar tanah yang diusahakan tanaman sawit dan kebun sayur.

“Sebanyak 6.4 hektar tanah diusahakan dua lelaki dikenali sebagai Gan Tick Meng dan Peck Poh Chow dengan tanaman pelbagai jenis sayur.

“Manakala 17.6 hektar lagi adalah tanaman sawit yang sudah berusia satu hingga 15 tahun diusahakan 10 rakan kongsi dan kedua-dua kawasan itu mempunyai rumah kongsi yang  dibina berhampiran kebun,” katanya.

Menurutnya, notis kesalahan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) sudah pun diberi Ogos lalu namun peneroka tetap berdegil dan masih meneruskan operasi.

Operasi diketuai Penolong Pegawai Daerah, Unit Penguatkuasa, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, Azizuddin Mohd Hashim.

Turut bekerjasama dalam operasi itu ialah penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juru ukur swasta yang dilantik pejabat tanah dan daerah.


Kemaskini pada 2015-09-17 08:05:39 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page