Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Behrang Stesen Pekan Usang Penuh Klasik

Behrang Stesen pekan usang penuh klasik

SUNGAI SELISEK - Dalam kesibukan kita meniti arus pemodenan, masih lagi wujud sebuah pekan terpencil yang kini semakin dilupakan walaupun suatu ketika dahulu pernah melalui zaman kegemilangan pada awal tahun 1970-an.

Pekan yang dikenali sebagai Behrang Stesen ini, pernah menjadi tumpuan penduduk Hulu Selangor yang tinggal di sempadan Perak untuk membeli-belah.

Malah uniknya, sehingga ke hari ini pekan kecil itu masih lagi mengekalkan identiti klasiknya yang mana deretan bangunan kayu yang dibina sejak tahun 1960-an masih lagi berdiri utuh, tetapi kini hanya dipandang sepi.

Berniaga sejak 34 tahun lalu

Peniaga, Thien Ang Ngok, 65, berkata, pekan itu dahulu sangat meriah dengan aktiviti perniagaan dan menjadi tumpuan penduduk dari tiga Felda iaitu Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Selisek untuk membeli-belah.

“Saya mula berniaga di sini sejak 34 tahun lalu. Memang dari dulu saya buka kedai ubat. Tapi agak sedih sebab pekan ni dah sunyi. Tak ada orang nak datang sangat sejak adanya pasar raya besar lain di sekitar Slim River dan Tanjong Malim.

“Dulu tempat ni jadi tumpuan sebab bersempadan antara Hulu Selangor dan Batang Padang.

“Yang ramai menghuni di sini pun kami-kami saja, warga emas yang masih lagi jalankan perniagaan sendiri. Anak-anak pun ada bisnes sendiri, tak nak berniaga di sini. Agak sedih juga perniagaan saya menurun hingga 50 peratus,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Ahmad Khalil, 75, yang berasal dari Felda Soeharto, pekan itu masih lagi mendapat tempat di hatinya bagi mencari barangan keperluan.

“Malaslah nak ke tempat lain, rasa jauh je. Pak cik dah biasa beli barang di Behrang ni. Dari pergi kedai yang jauh-jauh lebih baik datang sini.

“Dulu-dulu nak datang sini kena seberang sungai pakai jambatan gantung. Jambatan tu pula dibuat daripadakayu. Kalau naik motor, tak boleh dua motor sekali jalan.

“Salah satu motor kena tunggu di hujung jambatan dan bagi peluang satu motor jalan dulu. Tapi jambatan tu dah tak ada, tapak pun dah hilang hanyut dibawa air. Hampir 15 tahun juga jambatan tu berkhidmat untuk kami yang duduk Hulu Selangor nak ke Behrang,” katanya.

Menurutnya, pernah berlaku peristiwa sederet kedai terbakar di pekan itu dan ia masih lagi segar di ingatan.

“Peristiwa tu berlaku  pada 1971. Banyak juga kedai terbakar. Yalah, zaman tu 100 peratus kedai dibina dari kayu. Banyak juga kerugian tapi tak pasti apa punca kejadian sebenar," katanya.

Semeriah Kuala Kangsar

Seorang lagi penduduk, Ong Poh Geok, 60, berkata, ketika zaman kegemilangan pekan Behrang Stesen, kemeriahan aktiviti perniagaan dan pembeli yang datang dari dua daerah itu boleh disamakan seperti di Kuala Kangsar.

“Memang seronok la zaman tu. Ikan bawal besar-besar dan murah pula tu. Sekilo dalam RM3 saja.

“Sebab pekan ni dekat dengan sungai, banyak ikan-ikan segar sungai dapat dibeli di pekan ni.

“Sampaikan orang sanggup datang dari jauh untuk beli ikan sungai. Tapi sekarang dah sunyi. Orang muda taknak sangat jenguk pekan ni. Kalau datang pun masa musim perayaan sajalah sebab nak beli barang,” katanya.

Sementara bagi Ahmad Mahayu-din Zulkifli, hobi memancing yang juga menjadi mata pencarian rezekinya, turut membawanya ke pekan itu.

“Saya duduk di Jerantut, tapi dalam sebulan sekali memang datang sini beli barang pancing sebab murah. Berbaloilah datang sini.

“Lagi pun ikan sungai di Pahang ada harga. Kalau kita memancing, lepaslah duit belanja keluarga. Patin buah boleh cecah RM100 sekilogram dan kalau ikan jelawat pula dalam RM70 sekilogram” katanya.

Menurutnya, walaupun suasana pekan itu sudah uzur dimamah usia, dia tidak kisah dan semakin berminat untuk datang membeli barangan keperluan memancing di salah sebuah kedai di situ.

“Susah nak dapat suasana klasik macam di Behrang ni. Kalau boleh, biarlah identiti pekan ni kekal sampai bila-bila,” katanya,


Kemaskini pada 2015-11-23 15:25:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page