Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Fokus selesai isu pemilikan tanah

Fokus selesai isu pemilikan tanah
Mohd Fauzi melawat gerai pameran pada Program Jom Jengah Kampung.

KUALA KUBU BHARU - Masalah pemilikan tanah di Hulu Selangor menjadi fokus utama Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor supaya ia tidak menjadi konflik berpanjangan.

Pegawai Daerah, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, terdapat banyak isu pemilikan tanah di Hulu Selangor yang sudah lama diteroka dan perlu diselesaikan.

“Isunya tanah dah lama diteroka tapi hak pemilikan tanah belum diselesaikan. Itu yang kita fokuskan dan mahu selesaikan secepat mungkin.

“Kita rujuk kes yang lama... bukan baru yang nak diteroka. Kalau yang tu kita tak bolehlah buat cepat-cepat.

“Dasar kerajaan negeri sekarang, tanah yang sudah lama diteroka sebelum 2008 saja yang boleh mohon.

“Itu pun kita tak boleh janji boleh dapat senang-senang. Tapi, jika semua syaratnya cukup, tidak ada sebab kita akan tolak,” katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Program Jom Jengah Kampung di Felda Sungai Tengi Selatan, baru-baru ini.

Menurutnya, pihaknya akan membantu pemohon yang sudah lama meneroka sesebuah tanah.

"Kita memang mahu tolong peneroka yang sudah usahakan tanah lebih 10 tahun lalu. Insya-ALLAH kita akan luluskan. Apatah lagi kalau tanah tu sudah diusahakan 30 tahun lalu.

“Tapi, jangan pula sewenangnya cakap pejabat kita tak buat kerja... selalunya proses jadi tertangguh bila ada masalah teknikal," katanya.

Katanya, pelbagai masalah timbul dan permohonan gagal diproses disebabkan masalah teknikal.

“Selalunya ada masalah teknikal di tapak atau di tanah yang sudah diteroka, tapi ramai yang tak tahu.

“Contohnya, kedudukan tanah diteroka... kalau itu tanah rizab negeri atau rizab hutan memang kita tak boleh luluskan.

“Kalau bukan pegangan sesiapa, malah, syarat permohonan pun mencukupi, mudah juga kita mahu proses dan luluskan,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi berkata, orang ramai diingatkan tidak mudah tertipu dengan skim jual beli tanah yang menggunakan nama pejabat daerah.

“Saya nasihatkan jika ada individu yang mahu berurusan jual beli tanah menggunakan nama saya atau nama pejabat tanah daerah, berhati-hatilah... periksa dulu status tanah tu dengan pejabat kita.

"Kalau tanah kerajaan tak ada sampai RM150,000 seekar. Nasihat saya supaya lebih berhati-hati dan ikutlah proses yang betul,” katanya.


Kemaskini pada 2016-03-09 16:59:47 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page