Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Bacaan IPU 308, Shah Alam zon berbahaya

SHAH ALAM, 4 OKT: Shah Alam kini berada dalam zon berbahaya sementara lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200 iaitu kategori sangat tidak sihat setakat jam 9 pagi tadi.

Semakan di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan IPU Shah Alam kini memasuki zon merah dengan bacaan 308 iaitu paling tinggi ketika ini.

Jerebu-Shah-AlamTurut mencatat zon sangat tidak sihat ialah Petaling Jaya (256), Pelabuhan Klang (243) dan Banting (249) yang menjadikan empat kawasan di Selangor dihantui IPU sangat tidak sihat dan berbahaya.

Kawasan lain dalam zon sangat tidak sihat termasuk Batu Muda, Kuala Lumpur (271) dan Putrajaya 235).

Sementara itu, 24 kawasan lain kembali mencatat bacaan tidak sihat termasuk Kuala Selangor dengan bacaan 171.

Berbanding semalam, Johor kembali dihantui IPU tidak sihat hari ini di dengan Larkin Lama mencatat bacaan 101 dan Muar (147).

Jerebu-di-Jambatan-MuarKeadaan tidak sihat turut menjangkiti negeri lain iaitu Perak di Ipoh; Jalan Tasek (156), S K Jalan Pegoh (175), Seri Manjung (121) dan Taiping (143) serta Balok Baru (134), Indera Mahkota (114) dan Jerantut ( 143) di Pahang.

Begitu juga keadaan di Pulau Pinang seperti di Perai (140), Seberang Jaya 2 (166) dan USM (162), manakala di Terengganu; Kemaman (145), Kuala Terengganu (115) dan Paka (130) juga di Cheras, Kuala Lumpur (184).

Masih lagi kekal tidak sihat ialah Bandaraya Melaka (173) dan Bukit Rambai (176) serta Nilai (198) dan Port Dickson (190) di Negeri Sembilan:

Setakat ini, 14 kawasan lain dikategorikan sebagai sederhana manakala bakinya masih berada dalam zon sihat.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-10-05 15:51:20 daripada Administrator

  •  
  • Print