Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

RM73 juta disalur perkasa maahad tahfiz

SHAH ALAM, 30 NOV: Tiga buah maahad tahfiz bakal dibina tahun hadapan dengan kos pembangunan berjumlah RM18 juta.

Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, berkata Kerajaan Negeri mengambil langkah itu selepas menyedari minat ibu bapa menghantar anak mereka ke institusi itu.

BELANJAWAN SELANGOR 2016 (1)

“Kita perlu memastikan graduan maahad tahfiz berpeluang melanjutkan pelajaran dan mempunyai kerjaya di masa hadapan.

“Integrasi antara bidang hafalan al-Quran dengan akademik memberi wajah baru kepada golongan agamawan dan umat Islam keseluruhannya pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MITS) akan dibina di Pandan dan Bagan Lalang dengan kos pembangunan RM52 juta mulai 2016.

Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga akan menaiktaraf kemudahan Maahad Tahfiz Integrasi Sains ‘Darul Turoth’ di Bagan Terap dengan peruntukan berjumlah RM3 juta.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2015-11-03 10:20:52 daripada Administrator

  •  
  • Print