Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Lebih 1,000 pelajar DUN Batu Tiga terima manfaat Back To School

SHAH ALAM, 6 DIS: Seramai 1,203 pelajar menerima sumbangan wang tunai RM50 bagi program ‘Back To School’ Dun Batu Tiga.

Adunnya, Rodziah Ismail, berkata sebanyak RM50,000 diperuntukan bagi menjayakan program terbabit dan selebihnya daripada tajaan Pekawis, Pusat Beli Belah Hari-Hari dan peruntukan pusat khidmat Dun.

RODZIAH
 

“Kerajaan Negeri menyalurkan RM50 kepada dua pelajar bagi satu keluarga.

“Namun, pihak Dun kami menerima semua yang layak dengan memberikan RM50 kepada setiap pelajar dalam sesuatu keluarga itu,” katanya kepada SelangorKini ketika ditemui di Pusat Beli Belah Hari-Hari.

Rodziah berkata, penambahan pelajar yang layak menerima sumbangan itu ekoran kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

“Tahun lepas, kita berikan kepada 1,000 pelajar sahaja. Namun, ia bertambah tahun ini. Ada disebabkan ibu bapa yang dibuang kerja dan sebagainya,” katanya.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan keadaan semasa dengan menambahbaik program itu.

“Jika tahun lepas, setiap keluarga menerima RM100 untuk empat anak, namun tahun ini kita bagi semua RM50 untuk satu kepala,” katanya.

ZULIANA
 

Zuliana Lamat, 35, berpendapat program terbabit perlu diteruskan bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

“Ini kali kedua saya terima. Sangat bersyukur kerana keprihatinan Adun dan Kerajaan Negeri dalam hal ini.

“Ia membantu kami dalam menguruskan persiapan sekolah anak yang sememangnya tinggi,” katanya.

JAHAR
 

Bagi Jahar Sangiman, 51, berkata program ‘Back To School’ itu membantu ibu bapa menyiapkan kelengkapan persekolahan anak-anak.

“Saya menerima RM300 untuk enam anak.Syukur sangat.

“Terima kasih kerana membantu saya serta keluarga lain dalam menghadapi cabaran keadaan ekonomi ketika ini,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor


Kemaskini pada 2017-12-22 12:04:46 daripada Administrator

  •  
  • Print