Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

MBPJ perintis garis panduan Smart Trak

 

 

PETALING JAYA, 3 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dipilih untuk mengetuai penyediaan garis panduan penyeragaman sekaligus menjadikan ‘trademark’ bagi Smart Trak di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor.

 

Datuk Bandarnya, Mohd Azizi Mohd Zain berkata, Smart Trak itu merupakan salah satu aktiviti yang digemari masyarakat ketika ini dengan mewujudkan konsep mudah, kemas dan mudah alih.

“Ia merupakan ‘Trend Setter’ apabila lokasi Smart Trak ini berada. Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana memilih MBPJ mengetuai garis panduan ini yang turut dibantu oleh PBT lain,” katanya ketika Majlis Pelancaran Smart Trak Selangor, di Dataran Boulevard, di sini.

Smart Trak itu dilancarkan oleh Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Ushawan, Amirudin Shari.

Mohd Azizi berkata MBPJ sebelum ini turut membuat kajian konsep perniagaan bergerak berdasarkan ‘City Of Sydney’, yang mana ia merupakan dua aktiviti berbeza iaitu Food Truck dan Food Van.

“Food Truck dan van bergerak ialah berbeza kerana ia menyediakan dapur bergerak yang membolehkan aktiviti memasak dilakukan di atas trak ini.

“Kebanyakkan peniaga lebih suka menggunakan Food Truck kerana kos permulaan lebih rendah berbanding membuka sebuah restoren,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan peniaga mengambil kira pelbagai aspek seperti persekitaran, lokasi, masyarakat sekeliling dan tidak menimbulkan gangguan kepada masyarakat sebelum aktiviti itu dilesenkan.

“Diharap dengan terhasilnya garis panduan Smart Trak ini ia dapat memastikan tahap kebersihan di kawasan pentadbiran masing-masing sentiasa terpelihara.

“Saya percaya pengusaha trak ini di seluruh negeri akan menyambut baik garis panduan ini sekaligus mematuhinya,” katanya.

Sumber : Selangorkini

 


Kemaskini pada 2017-01-15 00:46:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page