Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Lebih 5,000 dijangka kunjungi SFV sempena cuti sekolah

SHAH ALAM, 21 MAC – Selepas tujuh tahun tidak menerima pengunjung, Selangor Fruits Valley (SFV) kini dibuka semula sempena cuti persekolahan penggal pertama.

Pembukaan SFV itu bermula 18 hingga 26 Mac ini dengan tiket bagi kanak-kanak dan warga emas RM4 serta dewasa RM7.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, Kerajaan Negeri menjangkakan seramai 5,000 pengunjung hadir sepanjang cuti sekolah ini.

Katanya, pembukaan itu ekoran sambutan yang menggalakkan sewaktu Sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

“Seramai 700 pengunjung direkodkan pada pembukaan sambutan itu dan kita mendapat maklum balas positif, pujian serta cadangan untuk dibuka cuti sekolah ini walaupun tidak diwar-warkan secara meluas.

“Kita jangkakan SFV menerima kira-kira 5,000 pengunjung hadir,” katanya kepada SelangorKini.

Zaidy berkata ketika ini, 90 peratus infrastruktur sudah dibina untuk fasa awal dan dijangkakan akan siap keseluruhannya dalam tempoh terdekat.

Katanya, pembukaan rasmi kepada umum dijangka akan dibuka pada bulan Mei depan.

Terdahulu, Pengurus Besar Kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Tamby Omar Mohammed berkata kawasan tanaman pertanian itu sudah mula mengeluarkan hasil terutama kelapa pandan, jambu batu, kacukan nangka dan cempedak (nangcem) serta buah-buahan bermusim.

Dengan pembukaan semula SFV, pihaknya turut menawarkan beberapa tarikan baharu termasuk laman herba, taman herba, penternakan dan pengeluaran madu kelulut, taman rusa, taman arnab di menara tinjau, selain penternakan kambing serta ladang kelapa pandan.

SFV yang berkeluasan 1,000 ekar itu dijangka akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan pertanian di Selangor dan melengkapi produk pelancongan di daerah berdekatan.

Orang ramai boleh mengunjungi SFV di KM7, Jalan Batang Berjuntai, Rawang, Selangor.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-03-27 13:39:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page