Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Sumbangan RM1 juta, tanda kasih rai Syawal

GOMBAK, 10 JUN: Kemuliaan Ramadan diraikan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif berkebajikan menerusi penyampaian bantuan sumbangan kepada masyarakat memerlukan di negeri ini.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, inisiatif itu dilaksanakan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) menerusi agihan bantuan kepada 2,000 penduduk sekitar Gombak dan Dewan Undangan Negeri, Batu Caves, hari ini.

Katanya, komitmen itu dizahirkan menerusi penganjuran Program Majlis Tautan Kasih Syawal 2017 melibatkan tujuh masjid dengan agihan kewangan dan bantuan harian sebanyak RM1 juta.

“Kita berikan sedikit sumbangan tunai dan barangan makanan asas sebagai tanda kasih kita kepada masyarakat setempat yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa di peringkat Persekutuan kini.

“Harapannya agar bantuan ini dapat meringkankan beban keluarga masing-masing seterusnya mereka dapat merayakan Aidilfitri dengan perasaan gembira sekali gus mampu meningkatkan lagi ukhuwah antara kita,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, Mohamed Azmin turun padang menyampaikan sumbangkan kepada masyarakat setempat di tujuh Masjid  bermula di Majis Jamil’llhuda, Kampung Melayu Ampang dan berakhir di Masjid Al Amaniah Batu Caves.

Penerima masing-masing menerima bantuan kewangan RM500 dan barangan keperluan harian bernilai RM150.

Hadir sama mengiringi Mohamed Azmin, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan, dan Pembangunan, Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, YM Raja Shahreen Raja Othman.

Turut mengiringi, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dan Ketua Pegawai Operasi MBI, Soffan Effendi Aminuddin dan Ketua Tangunggjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Mohd Jaafarudin Md Ali.

Untuk rekod, Program Majlis Tautan Kasih Syawal merupakan program tahunan yang dilaksanakan MBI sepanjang Ramadan bermula 2014 lalu melibatkan beberapa DUN terpilih seluruh negeri.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-11 08:59:54 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page