Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

17 hospital terima sumbangan zakat RM1.78 juta

DAMANSARA, 14 JUN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM1.78 juta kepada Tabung Kebajikan Perubatan Hospital di 17 buah hospital sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Sumbangan

Sumbangan diserahkan kepada Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Dr Azman Abu Bakar dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Ara Damansara, semalam.

Ia bertujuan bagi meringankan beban pesakit Islam yang kurang berkemampuan dan memerlukan pembiayaan bagi menjalani rawatan di hospital.

Antara hospital yang menerima sumbangan adalah Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia masing-masing menerima RM300,000 dan RM200,000.

Sementara Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Yayasan Institut Jantung Negara pula menerima sumbangan zakat berjumlah RM150,000.

Manakala Hospital Selayang, Sungai Buloh, Ampang, Serdang dan Kajang masing-masing menerima sejumlah RM100,000.

Selain itu, turut menerima sumbangan zakat Hospital Rehabilitasi, Cheras, Hospital Putrajaya, Shah Alam dan Pusat Perubatan UITM menerima sebanyak RM50,000.

Hospital lain yang menerima sumbangan termasuk Institit Kanser Negara menerima RM30,000 dan Hospital Banting serta Hospital Kuala Kubu Bharu masing-masing menerima RM20,000.

Dalam majlis yang sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Aidilfitri bernilai RM500 kepada 150 fakir dan miskin serta 114 saudara baru.

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2017-06-19 14:52:52 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page