A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Usaha SMJK Katholik seiring langkah MBPJ wujud komuniti hijau

berita

PETALING JAYA, 15 OGOS: Usaha Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Katholik, Seksyen 10, di sini, menjalankan program kitar semula adalah bersesuaian dengan matlamat menjadikan kawasan itu sebagai komuniti hijau.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Gasing, R Rajiv, berkata pembabitan sekolah itu dalam usaha sebegitu seharusnya dipuji dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Bukit Gasing akan terus bekerjasama bagi menjayakannya.

“Saya berbangga dengan usaha dijalankan pegurusan sekolah ini dan dengan pemberian tong sampah kitar semula ini ia akan menggalakkan pelajar yang menggunakan bahan boleh dikitar semula seperti kertas, plastik dan sebagainya untuk menggunakannya.

“Ia permulaan yang baik bagi sekolah ini yang memulakan program kitar semula,” katanya selepas majlis penyerahan sembilan tong sampah kitar semula di sekolah itu.

Beliau berkata, SMJK Katholik adalah sekolah pertama yang menerima sumbangan itu daripada PKM Bukit Gasing dan pihaknya bersedia membantu sekolah atau pihak lain yang memerlukan bantuan sama ke arah menjayakan kempen kitar semula.

Katanya, langkah diambil pengurusan sekolah itu juga bersesuaian dengan pendekatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang telah menjalankan operasi mengangkut sampah dan bahan kitar semula secara berasingan di kawasan itu mulai Ogos ini.

“MBPJ telah menjalankannya di Seksyen 10 dan sekyen ini adalah yang kedua selepas Seksyen 11 di kawasan ini.

“Dengan sekolah turut serta dalam program sebegini maka ia meningkatkan usaha menjadikan Seksyen 10 sebagai kawasan komuniti hijau,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMJK Katholik, Han Chuan Chour berkata, pihaknya merakamkan penghargaan kepada Rajiv yang sudi membantu dengan sumbangan itu.

“Kita menjalankan program ini bagi menimbulkan kesedaran kepada pelajar terhadap kempen kitar semula dan mewujudkan persekitaran lebih bersih.

“Bagi menjayakannya dan menanam minat mereka, kita akan menggerakkan kempen supaya tong kitar semula ini digunakan sebaiknya,” katanya.


Kemaskini pada 2017-08-15 11:12:29 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page