Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
w3c
rss
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Terlalu awal untuk gembira, perjalanan masih berliku

berita

SHAH ALAM, 18 OGOS: Barisan pemain diingatkan supaya tidak terlalu gembira dengan dua kemenangan dalam aksi menentang Brunei dan Singapura dalam Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) setakat ini.

Jurulatih skuad bola sepak Sukan Sea negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, perjalanan ke peringkat separuh akhir masih berliku menuntut kerja keras pemain menumpaskan Myanmar pada Isnin ini bagi memastikan tempat ke pusingan seterusnya.

“Kami belum sampai ke peringkat separuh akhir, tetapi kami sudah hampir. Pemain perlu cipta kemenangan ke atas Myanmar bagi mengesahkan layak ke separuh akhir tetapi saya jangka ia perlawanan sukar.

“Sebab itu pemain jangan gembira dahulu,” katanya lapor Sinar Harian.

Dalam perlawaan kedua Kumpulan A kelmarin, Malaysia menumpaskan Singapura 2-1 dan turut menang ke atas Brunei 2-1 Isnin lalu.

Kata Kim Swee, tempoh empat hari rehat sebelum pertemuan dengan Myanmar akan digunakan sebaiknya untuk perbaiki kelemahan termasuk memastikan tiada lagi kesilapan membiarkan gol mudah dilakukan pemain.

berita

“Kami masih mempunyai masa memperbaiki keadaan dan saya juga ingatkan kepada pemain jika ingin melangkah jauh dalam saingan ini, mereka perlu berhenti melakukan kesilapan-kesilapan mudah.

“Tetapi saya percaya semua pemain mampu memperbaiki dan melakukan persembahan lebih baik selepas ini, ” katanya.


Kemaskini pada 2017-08-23 14:50:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page