A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

SUKMA 2018: Selangor rangka misi juara kali ke-10

berita

SHAH ALAM, 3 OKT: Selangor memburu misi untuk mengekalkan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 Perak buat kali kesepuluh, kata Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari.

Beliau berkata, pelan perancangan jangka panjang bagi merealisasikan hasrat itu dibentangkan dalam Belanjawan 2018, depan.

“2018 menyaksikan kita ada perancangan untuk merangka pelan memastikan misi kejuaraan SUKMA 2018 Perak dapat dicapai.

“Ini semestinya dianggap satu tugas berat untuk tenaga kerja dan atlet bertanding untuk lebih komited meningkatkan prestasi masing-masing.

“Justeru saya yakin, Belanjawan 2018 akan mefokuskan kepada agenda pembangunan sukan ke arah merealisasikan misi itu,” katanya kepada pemberita selepas upacara pelepasan pelumba di Toyota Motor, Seksyen 15, hari ini.

berita

Tahun lalu, Selangor dinobatkan juara keseluruhan kejohanan bagi edisi ke- 18 lalu.

Kontinjen Selangor muncul juara buat kali kesembilan sejak temasya mula dianjurkan pada 1986 dengan kutipan 59 pingat emas, 73 perak dan 63 gangsa.

Terdahulu, Amirudin optimis kontinjen Selangor mampu mengekalkan prestasi terbaik untuk memberikan saingan terbaik dalam kejohanan sukan paling berprestij tanah air itu.

Beliau percaya, hasil komitmen dan usaha gigih barisan atlet dan gerak kerja Majlis Sukan Negeri (MSN) mampu merealisasikan hasrat itu.

“Sudah pastinya SUKMA 2018 adalah kejohanan yang sangat penting bagi Selangor untuk kekalkan kemenangan yang sudah kita capai pada 2016 lalu.

“MSN pastinya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencatatkan keputusan terbaik kepada rakyat dan arena sukan negeri,” katanya.

( Sumber : Selangorkini )


Kemaskini pada 2017-10-04 07:15:31 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page