A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Bursa Malaysia kekal tinggi tengah hari

image

SHAH ALAM, 3 JAN: Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi dengan minat belian berterusan, menyaksikan Indeks Komposit bergerak di atas paras 1,900, dipacu sentimen pasaran yang lebih baik, kata peniaga.

Pada jam 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 10.36 mata pada 1,793.06, selepas dibuka 3.09 mata lebih baik pada 1,785.79.

Kenaikan dalam Sime Darby, Petronas Chemicals, Petronas Gas dan Genting menolak naik indeks komposit sebanyak 6.701 mata.
Peniaga berkata, sentimen pasaran tempatan positif hari ini, berikutan pelabur mengambil petunjuk daripada Wall Street yang ditutup kukuh semalaman, selain data ekonomi positif yang mengisyaratkan prospek pertumbuhan global lebih baik tahun ini.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 644 berbanding 310, manakala 346 tidak berubah, 511 tidak didagangkan dan 19 yang lain digantung.

Sejumlah 3.1 bilion saham bertukar tangan bernilai RM1.81 bilion.

Maybank naik empat sen kepada RM9.70, Tenaga menambah lapan sen kepada RM15.30, CIMB dan Axiata naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM6.52 dan RM5.41, manakala Public Bank mendatar pada RM20.76.

 

Sumber: BERNAMA


Kemaskini pada 2018-01-04 09:57:18 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page