A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Peluang miliki payung eksklusif MBSA

image

SHAH ALAM, 4 JAN: Pemegang harta yang menjelaskan cukai taksiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penggal pertama sebelum atau pada 28 Februari ini, berpeluang memiliki payung eksklusif secara percuma.
 
Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pembayar cukai perlu menjelaskan cukai taksiran untuk tempoh setahun dengan jumlah melebihi RM100 serta tidak mempunyai tunggakan.
Katanya, pemberian payung eksklusif itu juga adalah terhad kepada pembayar cukai terawal sahaja.
 
“Pemegang harta diingatkan menjelaskan cukai taksiran bagi melancarkan pengurusan kutipan sampah domestik, pembersihan kawasan dan penyelenggaraan jalan, lampu jalan serta longkang.
 
“Ia juga dapat membantu MBSA mengurus dengan lebih cekap dan efisien, sekaligus memberi keselesaan, kesejahteraan dan keharmonian hidup masyarakat,” katanya.
 
Shahrin berkata, sebanyak 44 saluran pembayaran disediakan, antaranya pembayaran di Wisma MBSA dan Pejabat Cawangan di Kota Kemuning, Sungai Buloh dan Setia Alam.
“Pemegang harta juga boleh menjelaskan bil cukai taksiran di semua kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) secara tunai sahaja,” katanya.
Selain itu, bil cukai taksiran boleh dijelaskan di pusat agensi setempat iaitu Pejabat Pos di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan dibuat secara tunai atau cek.
 
Ia juga boleh dijelaskan di semua cawangan Bank Simpanan Nasional (secara tunai sahaja), Ambank (secara ATM sahaja), Bank Muamalat dan Bank Rakyat (secara tunai atau ATM), Affin Bank dan Agro Bank (secara tunai atau cek) dan Bank Islam (secara tunai atau cek atau ATM).
 
Kaedah lain adalah pembayaran menggunakan cek, kad kredit iaitu Master Kad atau Visa dan menggunakan kad caj American Express serta secara arahan tetap iaitu auto billing American Express, direct access Cimb Bank, auto debit Citibank, direct debit OCBC, Maybank autopay dan Hong Leong Bank American Express Autopay.
 
Pembayaran secara dalam talian boleh dibuat di www.mbsa.gov.my,
www.maybank2u.com, www.payonline.com.my, www.mbfcards.com, www.citibank.com,
www.ambg.com.my www.rhbbank.com.my, www.bizchannel.com.my,
www.hsbc.com.my, www.cimbclicks.com.my, eonbank.com.my, www.phebank.com.my
dan www.i-muamalat.com.my
 
MBSA turut menyediakan perkhidmatan pembayaran dan pertanyaan baki cukai taksiran secara dalam talian menerusi laman sesawang www.mbsa.gov.my.
 
Menerusi JomPAY pula, pembayar hanya perlu memasukkan biller code: 7567, nombor akaun baru pada Ref-1 dan nombor telefon pada Ref-2 seterusnya memasukkan jumlah bayaran.
 
Untuk sebarang pertanyaan berhubung cukai taksiran, orang ramai boleh hubungi Seksyen Pengurusan Hasil di talian terus 03-5522 2881 atau 2882.
 
 

Sumber : Selangorkini


Kemaskini pada 2018-01-05 09:43:33 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page