A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hari Sukan Negara Selangor sasar 57,000 peserta

image

 

SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Selangor menyasarkan 57,000 peserta sempena program Hari Sukan Negara peringkat negeri, di Taman Botani Negara Shah Alam, bermula 12 Oktober ini.

JBS Selangor dalam kenyataan berkata, program anjuran Kementerian Belia dan Sukan itu bertujuan meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan aktiviti sukan ke arah mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif.

“Kami menyasarkan penyertaan di peringkat negeri adalah 30,000, manakala 3,000 peserta bagi setiap daerah yang turut membabitkan penyertaan 54 agensi kerajaan serta agensi swasta di Selangor,” katanya.

Pelbagai pengisian aktiviti sukan dan kecergasan bakal disajikan buat peserta sepanjang tiga hari program terbabit berlangsung.

Ia termasuk ‘Hill Run 3KM & 7KM’, Senam Cergas @ HSN Selangor, ‘Aerobicthon Challenge’, zumba, lompat tali, XPDC Puncak Bukit Sapu Tangan dan ‘Hammock Gathering & Tree Climbing’.

Terdapat juga sukan pancing layang (Fly Fishing & Fly Tying), ‘Rainforest Campcraft: Share & Show’, cabaran sukan bilah dan sesi suai kenal kapten sepak takraw negara.

Acara lain seperti pertandingan mewarna, pameran ‘Scuba Diving’ dan paragliding, pemeriksaan kesihatan serta ‘Stompers Perfomance’.

HSN akan disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, pada 13 Oktober ini.


Kemaskini pada 2018-10-05 11:59:14 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page