A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jom sertai Karnival Sihat, Cergas dan Cantik

image

 

BANTING, 12 OKT: Karnival Sihat, Cergas dan Cantik peringkat Selangor di Pusat Latihan Penguatkuasa Selangor (PULAPES) Jugra menyajikan pelbagai acara menarik untuk disertai orang ramai, pada 21 Oktober ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, karnival pada tahun ini dianjurkan pihaknya dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat.

“Pelbagai acara menarik diadakan seperti senamrobik, berjalan 10,000 langkah, pertandingan Ikon ‘Comey’, promosi program bantuan sihat Selangor, pemeriksaan kesihatan, pameran dan sesi interaktif kesihatan, pertandingan kuiz serta pameran kesihatan IPTA/IPTS.

“Selain itu, 300 peserta yang melakukan pendaftaran terawal bagi acara berjalan 10,000 langkah berpeluang memperolehi tshirt karnival percuma dan lapan basikal dalam aktiviti cabutan bertuah,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Zain berkata, MDKL berharap penduduk di Selangor khususnya Kuala Langat dapat menyertai serta memeriahkan program berkenaan.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi talian Jabatan Pembangunan Masyarakat MDKL : 03 – 3180 3140.


Kemaskini pada 2018-10-12 16:26:03 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page