A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

PBS Gombak terima Sijil Penarafan Bintang Pertubuhan Belia

image

 

SHAH ALAM, 18 OKT: Pejabat Belia dan Sukan (PBS) daerah Gombak mendapat pengiktirafan Penarafan Bintang Pertubuhan Belia daripada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, di sini, hari ini.

Jurucakap PBS daerah Gombak menerusi satu kenyataan berkata, penganugerahan itu adalah di bawah Sistem Penarafan Bintang (Star Rating) yang diwujudkan sejak 2014 bagi mengklasifikasikan tahap keaktifan sesebuah pertubuhan belia, di negeri ini khususnya.

Katanya, sebanyak 11 pertubuhan berjaya menghantar MYKD dengan lengkap untuk melayakkan persatuan terbabit menerima sijil penarafan.

“Majlis Belia Selangor daerah Gombak berjaya mendapat empat bintang, manakala 11 lagi Persatuan Belia di daerah Gombak mendapat 3 bintang.

“Senarai 11 persatuan adalah Gerakan Integrasi Belia Cawangan Bandar Baru Selayang, Gerakan Integrasi Belia Cawangan Selayang Pandang, Gerakan Integrasi Belia Cawangan Taman Gombak Permai dan Gerakan Integrasi Belia Kawasan Selayang.

“Turut menerima Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan, Kelab Belia Medan Batu Caves, Majlis Belia India Malaysia, Pertubuhan Belia Selayang, Ikatan Melayu Muda Selayang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Selayang,” katanya.

Sijil berkenaan disampaikan Puan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gombak.

Pada masa sama, beliau berkesempatan mengucapkan tahniah kepada penerima dan mengharapkan supaya belia di daerah terbabit terus aktif dalam berpersatuan.


Kemaskini pada 2018-10-18 14:46:51 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page