A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Maxis tawar pakej istimewa buat penjawat awam Selangor

image

 

SHAH ALAM, 29 JAN: Maxis Berhad buat pertama kalinya membuat tawaran khas kepada penjawat awam Selangor melalui pakej talian Selangor Inteligent SIM (SIS).

Pengarah QS Empire, Dato’ Abd Muim Matamin berkata, pakej khas itu disediakan bermula serendah RM50 sehingga RM78 sebulan.

“Ia adalah pertama seumpanya di negara ini apabila kami membawa sebuah syarikat telekomunikasi terkenal Maxis yang menyediakan pakej buat penjawat awam.

“Lebih menarik apabila 200 penjawat awam yang mendaftar pada hari ini berpeluang mendapat telefon bimbit secara percuma,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran SIS ketika Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor 2019 bertempat di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, hari ini.

Sementara itu Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dalam ucapannya berkata, penyediaan pakej khas itu adalah inisiatif pemberdayaan buat penjawat awam Selangor, sepanjang tahun 2019.

Katanya, ia bukan sekadar menjamin penjimatan kepada penjawat awam yang melanggan tetapi dikembalikan sejumlah RM2 kepada Tabung Kebajikan SUK Selangor.

“Setiap penjawat awam yang melanggan pakej khas ini juga akan menerima manfaat Program Khairat Kematian sejumlah RM200,” katanya.


Kemaskini pada 2019-01-30 09:29:12 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page