A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

8,836 miskin tegar di Selangor layak terima rebat TNB

image

 

SHAH ALAM, 28 FEB: Sejumlah 8,836 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi golongan berpendapatan rendah B40, di Selangor layak menerima rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM40 setiap bulan, yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pelaksanaan itu berdasarkan keputusan diluluskan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang dibentangkan semasa persidangan, pada bulan lalu.

“Pengguna elektrik yang layak menerima rebat ini ialah KIR miskin tegar dan miskin yang tersenarai serta disahkan dalam sistem eKasih.

“Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 setiap bulan sepanjang 2019,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Bilik MTES, di bangunan SUK, hari ini.

Turut hadir, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Katanya, daripada jumlah isi rumah yang layak, sebanyak 6,416 masih belum mempunyai akaun TNB, kemungkinan belum sempat membuka atau menyewa dan menggunakan kediaman milik orang lain.

Manakala 2,262 lagi katanya adalah tambahan penerima rebat berkenaan berdasarkan data tahun ini.

“Bagaimanapun, Kerajaan Negeri akan cuba membantu terutama di pusat khidmat untuk membantu menukar akaun supaya mereka mendapat peluang menikmati rebat yang disediakan.

“Senarai data KIR yang tiada akaun elektrik, MESTECC akan membuat penyelarasan dengan Kerajaan Negeri melalui pejabat Ahli Dewan Negeri,” katanya.


Kemaskini pada 2019-03-01 11:31:17 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page