A PHP Error was encountered

Severity: Notice

Message: Trying to access array offset on value of type bool

Filename: libraries/Cms_options_plugin.php

Line Number: 699

Portal Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Penduduk Puncak Alam lega jambatan baru dibuka

image

 

SHAH ALAM, 14 MAC: Penduduk Puncak Alam kini boleh menarik nafas lega apabila Jambatan 02 Puncak Alam mula dibuka bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dialami mereka.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melalui twitter berkata, berikutan itu, beliau menerima maklum balas positif daripada penduduk setempat.

“Kerajaan Negeri akan menggandakan lagi usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas ini,” tulisnya.

Pada masa sama, katanya, usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan kesesakan diteruskan menerusi projek laluan B49 Persiaran Mokhtar Dahari yang dijangka siap, pada Mei ini.

“Projek dengan kos RM110 juta itu dijangka akan mengurangkan kesesakan membabitkan pengguna jalan raya dari Meru hingga sempadan daerah Kuala Selangor.

“Ia termasuk Sunway Kayangan; Kayangan Heights; Cahaya SPK; Alam Budiman dan Saujana Glomac,” katanya.

Sementara itu, pengguna twitter @PejuangMalysia memuji usaha Kerajaan Negeri yang membina lebih banyak jalan baharu untuk keselesaan rakyat.

Bagi @aamrhmzh pula, beliau berharap supaya Dato’ Menteri Besari meninjau kesesakan di Setia Alam.

“Jalan bertol seperti NKVE sesak seperti jalan tiada tol,” tulisnya.

 


Kemaskini pada 2019-03-14 15:02:04 daripada

  •  
  • Print
  • Email this page