Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020
Pada 28 Julai 2020, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang telah diadakan secara serentak di seluruh negara secara Live Streaming. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah memberikan ucapan dan melaksanakan pelancaran dari Putrajaya dengan disaksikan oleh pegawai kanan dan kakitangan Kerajaan Negeri dari seluruh negara dari lokasi perhimpunan masing-masing.
Pelancaran di peringkat Negeri Selangor diurusetiakan oleh Jabatan Penerangan Negeri Selangor dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung di Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam. Kehadiran Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor bersama-sama pegawai kanan dan kakitangan Kerajaan Negeri Selangor di dewan dengan mematuhi SOP Majlis Keselamatan Negara seperti penjarakan sosial dan menjaga kebersihan.
Berikut arkib video majlis di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri.
1. Pautan video majlis peringkat kebangsaan : https://youtu.be/kQYBYuu3DcE
2. Pautan video majlis peringkat Negeri Selangor : https://youtu.be/07A_O5KULis
Kemaskini pada 2020-07-28 12:16:31 daripada Administrator