Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya, 23 November 2020
Pautan : http://epelanggan.jpa.gov.my
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengadakan Program e-Pelanggan : Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya Bil. 6/2020 pada 23 November 2020 (Isnin).
Program ini merupakan inisiatif penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan bertujuan memberikan peluang kepada pelanggan JPA untuk berinteraksi secara maya di http://epelanggan.jpa.gov.my bagi berkongsi pandangan, cadangan atau pertanyaan.
Pelaksanaan Program Hari Bertemu Pelanggan dalam talian (online) ini berkonsepkan hari terbuka melalui penyediaan kaunter perkhidmatan khas. Pelanggan / orang ramai boleh berkomunikasi secara terus dengan pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam. Talian akan dibuka dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Topik perbincangan adalah seperti berikut :-
· Cuti/Kemudahan
· Tajaan
· Peperiksaan
· Pengiktirafan
· Tatatertib
· Elaun
· Pencen
· Skim Perkhidmatan dan Perjawatan
· HRMIS
· Pertukaran
· Naik Pangkat
· Dasar Perkhidmatan
Kemaskini pada 2020-11-23 08:32:12 daripada Administrator