Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor Dibuka Sehingga 29 Ogos 2023

Permohonan Insentif Haji Muassasah Selangor 2023

Tarikh Tutup : 29 Ogos 2023

Insentif Haji Selangor 2023   

Insentif Haji Selangor 2023 Insentif Haji Selangor 2023

A. Manfaat: 
-Sumbangan tunai RM100
-Kit Kesihatan

B. Dokumen Diperlukan: 
-Kad Pengenalan (Hanya Warganegara Malaysia)
-Salinan lengkap surat tawaran mengerjakan haji muassasah
-Maklumat penerbangan

C. Cara Menghantar Permohonan: 
-Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (kawasan pemohon)
*semak senarai PKDUN : http://dewan.selangor.gov.my/dewan-negeri-selangor 

-Lokasi Kaunter : Tingkat LG, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam
Kaunter dibuka setiap Isnin dan Selasa, dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari

D. Penyelaras Insentif:
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI
Alamat : Tingkat 23, Bangunan Darul Ehsan, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5513 8898
Fax : 03-5510 0759
E-mel: corp_comm(at)mbiselangor.com.my

 


E. ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Selangorkini : Permohonan Insentif Haji Muassasah dibuka sehingga 29 Ogos 2023

SHAH ALAM, 24 JULAI: Jemaah haji 1444H/2023M yang belum memohon Insentif Haji Muassasah masih boleh berbuat demikian sebelum 29 Ogos ini, kata ketua tanggungjawab sosial dan komunikasi korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

Ahmad Azri Zainal Nor berkata jemaah haji dari Selangor dalam kategori B40 dan M40 masih berpeluang mendapatkan insentif itu walaupun sudah selesai menunaikan ibadat rukun Islam kelima itu.

“Kaunter permohonan Insentif Haji Muassasah pada pagi ini terus menerima sambutan daripada jemaah haji.

“Kaunter dibuka setiap Isnin dan Selasa, dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari bertempat di LG, Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Selangor adalah negeri tunggal yang memberikan Insentif Haji Muassasah RM500 kepada jemaah haji dari negeri itu.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shaari mengumumkan seramai 3,000 jemaah haji layak menerima insentif tersebut.

Amirudin berkata inisiatif melalui MBI turut mengagihkan kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

-------

Artikel Laman Web Rasmi Menteri Besar : Insentif Haji Muassasah 1444H / 2023M

Kerajaan Negeri Selangor melalui Menteri Besar Selangor (Incorporated) MBI menawarkan Insentif Haji Muassasah 1444H / 2023M kepada 3,000 bakal jemaah Haji dari Selangor.

Para jemaah Haji dari Selangor akan menerima RM500 serta kit istimewa termasuk ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen, serta pelembap bibir.

Ianya melibatkan peruntukan sebanyak RM1.65 juta dan urusan permohonan akan dilaksanakan menerusi Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri masing-masing dengan Menteri Besar Selangor (Incoporated) MBI sebagai pelaksana program.

Rujuk Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm

Semoga usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan bagi para jemaah, InsyaAllah.

 


Sumber : Media Selangor
-https://www.amirudinshari.com/posts/insentif-haji-muassasah-1444h-2023m
-https://selangorkini.my/2023/06/selangor-beri-insentif-belanja-lebih-rm13-juta-bantu-26000-jemaah-haji/
-https://selangorkini.my/2023/07/permohonan-insentif-haji-muassasah-dibuka-sehingga-29-ogos/


Kemaskini pada 2023-07-26 11:12:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page