Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pelantikan Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor 2023

Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor 2023

Tahniah Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor


KLANG, 21 OGOS 2023 (ISNIN) - Sekitar Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Dan Ikrar Aku Janji Serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Yang Berhormat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor 2023 ke-15.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada 10 orang Ahli Dewan Negeri (ADN) yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (AMMKN), antaranya:

1)YB Tuan Ng Sze Han, N30 Kinrara
2)YB Tuan Ir. Izham bin Hashim, N.21 Pandan Indah
3) YB Tuan Borhan bin Aman Shah, N54 Tanjong Sepat
4)YB Tuan Ng Suee Lim, N.04 Sekinchan
5)YB Datuk Rizam bin Ismail, N.01 Sungai Air Tawar.
6) YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, N.40 Kota Anggerik
7) YB Puan Jamaliah binti Jamaluddin, N.36 Bandar Utama
8) YB Tuan Papparaidu a/l Veraman, N.52 Banting
9) YB Tuan Dr. Mohammad Fahmi bin Ngah, N.32 Seri Setia
10) YB Puan Anfaal binti Saari, N.15 Taman Templer

Terdahulu barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor telah melafazkan Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Balairung Seri, Istana Alam Shah hari ini.

--

Tahniah Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor

21 OGOS 2023, ISNIN - YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari Mengangkat Sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor Ke-16.

Ahli Dewan Negeri (ADUN) Sungai Tua, YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari selesai mengangkat sumpah sebagai Dato' Menteri Besar Selangor Ke-16 di Istana Alam Shah, Klang hari ini.

Terdahulu YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, mengangkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji di hadapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang. Dalam majlis yang sama YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari turut mengangkat sumpah Jawatan dan Taat Setia sebagai Ahli Dewan Di-Raja Selangor.


Sumber : Facebook Rasmi Pejabat SUK Selangor
 


Kemaskini pada 2023-08-22 21:13:57 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page