Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Hospital Shah Alam hampir siap baru bagi peluang lawat tapak

SHAH ALAM, 6 APR: Selepas beberapa kali memberi pelbagai alasan akhirnya Kementerian Kerja Raya membuka pintu untuk Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad melawat tapak pembinaan Hospital Shah Alam.
Khalid berkata, tawaran itu dibuat ketika Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menjawab soalan tambahan yang dikemukakannya di Dewan Rakyat, baru-baru ini.
khalid samad


“Hospital sudah hampir siap baru buka pintu untuk buat lawatan tapak tetapi sebelum ini saya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam tidak dijemput tetapi Tanjung Karang pula yang dijbenarkan melawat.
“Seharusnya daripada dulu lagi mereka sudah benarkan. Adakah terdapat sesuatu yang mereka tidak mahu saya lihat di tapak pembinaan ketika itu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Terdahulu, Khalid menulis surat kepada Kementerian Kerja Raya untuk beliau meninjau pembinaan hospital yang gagal disiapkan mengikut jadual asal.
Fadillah Yusof


Bagaimanapun, kementerian berkenaan seakan cuba mengelak dengan beberapa kali menundakan tarikh lawatan yang mereka sendiri tetapkan melalui lima pucuk surat yang dihantar kepada Khalid.
Hospital berkenaan sepatutnya siap, pada 25 Jun 2012 tetapi terpaksa ditunda kepada Oktober 2013, Jun dan September ini.
Khalid berkata, kelewatan itu juga menyebabkan kos pembinaannya meningkat daripada kos asal RM482 juta kepada RM550 juta.


Sumber: www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-04-14 11:05:43 daripada Administrator

  •  
  • Print