Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jais perkasakan pendidikan perkukuh institusi kekeluargaan

SHAH ALAM 3 MEI : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan terus memperkasakan program khusus bagi mendidik masyarakat Islam di negeri ini mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Untuk itu, Timbalan Pengarahnya, Ahmad Zaki berkata, JAIS akan berbincang dan menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) serta badan professional bagi merangka program yang bersesuaian untuk dilaksanakan.

IMG_9852a



Katanya, dengan kerjasama pihak lain, program yang dirangka dijangka mampu memenuhi kehendak masyarakat hari ini seterusnya memberi kesan optimum kepada institusi keluarga.

“Tidak dapat dinafikan program sedia ada dan program dirancang adalah cukup baik dan berkesan.

“Namun, kita perlu perkasakan lagi yang ada ini untuk menghadapi masalah akan datang yang semakin kompleks dan mencabar,” katanya.

IMG_9840a


Beliau berkata demikian sewaktu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Syurga Rumahtangga Peringkat Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak, SUK di sini baru-baru ini.

Pada masa sama, Ahmad mengingatkan masyarakat Islam untuk menjauhi kumpulan ajaran sesat yang bukan sahaja mampu merosakkan akidah malah meruntuhkan institusi kekeluargaan.

“Mengikuti kumpulan ajaran sesat menyebabkan seseorang itu lupa tanggungjawab terhadap keluarga kerana taksub dan melampau dalam beragama.

“Akibatnya, keluarga tidak diurus dengan sempurna sepertimana diamanahkan Allah s.w.t hingga berlakulah keruntuhan sebuah keluarga,” katanya lagi.

Program yang disertai lebih 1,000 peserta itu antara lain turut menampilkan barisan penceramah terkenal seperti pensyarah, Dr Ridhuan Tee, bekas mufti, Datuk Nooh Gadot dan pengacara Semanis Kurma TV9, Uztazah Nor Bahyah Mahamod.


Sumber:  www.selangorku.com


Kemaskini pada 2014-05-05 12:10:32 daripada Administrator

  •  
  • Print