Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Pergiat usaha benteras dadah di kalangan belia

SHAH ALAM, 4 MEI : Kerajaan Negeri bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor bergerak aktif memerangi gejala penyalahgunaan dadah khususnya di kalangan belia.
Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata inisiatif terbaru yang dilaksanakan adalah melalui penganjuran Hari Sukan Antarabangsa bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal ke arah hidup aktif.
Dr Yunus

Membawa tema “Belia Sihat Tanpa Dadah”, beliau berkata kerjasama erat turut diadakan bersama persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Selangor, polis serta pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) anti dadah yang lain.
“Inisiatif ini dihasilkan ekoran pentingnya pembangunan belia itu sendiri dalam pembangunan Selangor dan kita harap belia tidak terlibat dalam penyalahgunaan dadah atau minum minuman keras terutamanya bagi beragama Islam.
Sukan

“Kita mahu golongan belia ini menjauhi perkara dilarang kerana mereka adalah golongan penting di masa akan datang,” katanya kepada Selangor Kini selepas merasmikan upacara itu di perkarangan tempat letak kereta Seksyen 13, dekat sini pagi tadi.
Yunus berkata mesej anti dadah ini turut dizahirkan melalui program Walkathon Belia Ehsan selangor (BES) Jelajah Selangor yang akan diturunkan ke semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebagai acara wajib bagi tahun 2014.
Beliau berkata penyebaran maklumat berbentuk risalah tentang bahayanya penggunaan dadah juga akan dipergiatkan melalui penggerak belia tempatan (PeBT) kepada masyarakat umum.
“Sekurang-kurangnya dengan program yang kita ada ini, kita bawa sesuatu kepada generasi belia di masa akan datang supaya bebas daripada gejala tidak sihat ini.
“Apatah lagi dengan kejadian kematian belia semasa konsert Future Music Festival Asia (FMFA) di Bukit Jalil disebabkan dadah baru-baru ini, maka ia perlu dipandang serius kerajaan negeri,” katanya lagi.
Antara program yang disediakan bersempena hari sukan itu adalah senamrobik, klinik memanah, pertandingan street soccer, pertandingan catur dan sebagainya.


Sumber  :  www.selangorku.com

Kemaskini pada 2014-05-22 11:51:09 daripada Administrator

  •  
  • Print