Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Jugra lokasi tumpuan sukan Paragliding dunia

BANTING, 17 SEPT: Selepas beberapa tahun menyepi daripada menganjurkan sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa, Jugra sekali lagi menjadi tuan rumah bagi ‘Jugra International Paragliding Accuracy Championship 2014′.

Yang DiPertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, dengan aktiviti sukan lasak ini Jugra atau Bukit Jugra yang dulu suram, kini berubah wajah apabila setiap hujung minggu atau hari biasa terdapat pelancong dari dalam dan luar negara melakukan aktiviti paragliding.

photo 3Katanya, MDKL menganjurkan beberapa siri kejohanan bertaraf antarabangsa dan dunia pada 2006, 2007, 2008 dan kali terakhir MDKL menganjurkan kejohanan ini adalah pada 2009 dengan menganjurkan “Paragliding Accuracy World Cup Jugra 2009”.

“Ketika dahulu, Jugra hanya dikenali sebagai sebuah Perkampungan Tradisi Melayu dan tinggalan sejarah sahaja.

“Akan tetapi, Jugra kini terkenal apabila kawasan tersebut dibangunkan sebagai kawasan Pusat Latihan Paragliding selain daripada kesan tinggalan sejarahnya,” katanya dalam kenyataan media.

Beliau juga menambah, sebelum kejohanan bertaraf dunia ini dapat dijalankan, Jugra terlebih dahulu dibangun dan dipersiapkan dengan segala kemudahan infrastruktur bagi melayakkan ianya menjadi tuan rumah bertaraf dunia.

photo 5Antara kemudahan dibangunkan adalah tempat berlepas (take off) berumput berdekatan dengan Rumah Api Bukit Jugra, tapak pendaratan yang telah ditanam rumput sepenuhnya, tandas, ruang pejabat, gazebo, landskap, anjung tinjau, landasan ”aeromodelling” dan menaiktaraf taman permainan kanak-kanak.

“Dengan kemudahan-kemudahan infrastruktur seperti ini, Jugra akhirnya berjaya menarik sebanyak 14 buah negara seperti Republik Chezh, Serbia, Indonesia, Jepun, Slovania, Montenegro, United Kingdom, Philippine, Thailand, South Korea, Switzerland, Saudi Arabia, Bulgaria dan juga Malaysia dengan menampilkan seramai 62 orang peserta bertaraf dunia,” katanya.

Azhar berkata selain daripada menganjurkan beberapa siri kejohanan ini, MDKL juga menghantar beberapa kakitangan menyertai kejohanan di luar negara.

“Ekoran daripada pembangunan sukan paragliding ini memberikan kesan positif dengan menyumbang pendapatan kepada operator-operator perhotelan, restoren, homestay dan lain-lain,” katanya.

Beliau juga berharap dengan penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa itu, penduduk khususnya penduduk di Daerah Kuala Langat akan beramai-ramai datang menyaksikan kejohanan itu.

Pertandingan itu berlangsung pada 19 hingga 21 September 2014 bertempat di Pusat Latihan Paragliding, Jugra, Kuala Langat, Selangor.

Seramai 35 orang peserta membuat pengesahan untuk menyertai kejohanan pada kali ini.

Antara negara-negara yang akan menyertai kejohanan pada kali ini adalah seperti Singapura, Indonesia, Taiwan, Spain dan juga Thailand.

Hadiah berupa wang tunai, sijil dan t.shirt berjumlah lebih daripada RM9000.00 bakal menjadi rebutan peserta-peserta ini.

Antara kategori yang akan dipertandingkan adalah seperti Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka dan Berpasukan Terbuka.

Pada kejohanan kali ini MDKL menghantar seramai 4 orang peserta bertaraf antarabangsa dan seorang pegawai teknikal bagi sama-sama merebut kejuaraan pada kali ini.


Kemaskini pada 2014-09-18 11:01:17 daripada Administrator

  •  
  • Print