Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Kampungku Kesayanganku bentuk masyarakat prihatin & cinta ilmu

SUNGAI BESAR, 22 MAC: Karnival Kampungku Kesayanganku dirancang Kerajaan Negeri dengan masjid sebagai lokasi program bagi melahirkan masyarakat prihatin, penyayang, mencintai ilmu dan bertaqwa.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata Kerajaan Negeri menjayakannya di setiap daerah dengan Sabak Bernam dipilih yang pertama dan dijangka berakhir di Hulu Selangor pada November nanti.

kampungku1

“Tema Kampungku Kesayanganku dipilih untuk menimbulkan rasa kasih dan sayang sesama kita tanpa mengira agama, kaum, warna kulit atau pangkat dengan menyayangi diri kita, ahli keluarga, masyarakat, alam sekitar, harta awam dan segala yang ada di sekeliling kita.

“Kerajaan Negeri menggalakkan terutama masyarakat kampung khasnya supaya menjadikan masjid sebagai pusat tranformasi, jantung pembangunan, pusat keilmuan serta di mana program kemasyarakatan diadakan di sini.

“Masjid bukan sahaja tempat bersolat dan beribadat tetapi pusat keilmuan dan informasi, pusat aktiviti komuniti juga pusat kebajikan yang seharusnya dilakukan di mana akhirnya dapat diperkasa rumah Allah sebagai jantung pembangunan di sesebuah kampung setiap daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian di majlis perasmian Karnival Kampungku Kesayanganku di Masjid Ma’muniah, Simpang Lima di sini, semalam.

Dr Yunus berkata, program berkenaan dirancang dengan pertemuan pelbagai jabatan dan komuniti membuktikan betapa Kerajaan Negeri amat mengambil berat setiap isu dan perkara berkaitan dengan kebajikan serta keperluan semua pihak.

“Kerajaan Negeri berharap setiap kampung mampu menggalakkan industri desa bagi membangunkan ekonomi kampung masing-masing,” katanya.

Karnival Kampungku Kesayanganku berlangsung dua hari diisi dengan pelbagai aktiviti sepeti keagamaan, kemasyarakat, gotong royong, sukan, keusahawanan, kesukarelaan, forum dan sebagainya.

Ia mendapat sambutan umum terutama masyarakat setempat yang hadir beramai-ramai ke program itu di mana hampir 500 orang hadir dalam majlis forum dan perasmian semalam.

EZY

http://bm.selangorku.com/


Kemaskini pada 2015-03-25 10:38:29 daripada Administrator

  •  
  • Print