SHAH ALAM, 29 MAC: Sebanyak 14 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di kawasan Selayang terlibat dalam program sukan yang berlangsung hari ini dirasmikan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib.
Program bermula seawal 8.30 pagi dengan ketibaan peserta dari seluruh kawasan Selayang dan juga pihak ibu bapa.
Pengarah Program Sukan PASTI, Zamri Ismail berkata program ini bertujuan untuk melahirkan dan mendidik bakat-bakat baru yang dapat dilihat diusia semuda ini
“Diantara acara yang dipertandingkan temasuk balapan, bola sepak dan bola jaring. Balapan adalah acara lumba lari bagi pelajar-pelajar PASTI diantara berumur 5 dan 6 tahun.
“Sukan ini adalah untuk persiapan bagi pertandingan sukan PASTI di peringkat Selangor,” katanya.
Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata penglibatan dari semua pihak temasuk ibu bapa amat memberangsangkan.
“Saya mengambil kesempatan ini bertemu dengan rakyat dan beramah mesra bertanya isu-isu terkini yang bole dibincang bersama dan mengeratkan lagi hubungan bersama mereka,” katanya sewaktu perasmian Sukan PASTI.
Disamping itu, kerajaan menerima segala pandangan dan pendapat bagi menambah baik untuk kebaikan rakyat.
“Program sebegini yang membolehkan saya bersua muka bersama penduduk selayang mendapatkan pandangan mereka tentang kerajan negeri Selangor,” katanya.
Kemaskini pada 2015-03-31 10:18:20 daripada Administrator