Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

Datuk Bandar beri amaran peningkatan penyakit kencing tikus

PETALING JAYA, 16 MEI : Kes penyakit kencing tikus yang boleh mengakibatkan kegagalan fungsi ginjal dan kematian menunjukkan peningkatan ketara di Petaling Jaya.

Datuk Bandar Mohd Azizi Mohd Zain berkata setakat Mei tahun ini sahaja sebanyak 382 kes dilaporkan di daerah Petaling, dan 121 kes daripadanya dilaporkan dalam kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

DSC_1988

“Kurang setengah tahun sahaja MBPJ sudah mencatatkan peningkatan kes yang begitu ketara berbanding tahun lalu dan ia adalah sesuatu yang membimbangkan,” katanya di Majlis Pelancaran Kempen Kawalan Tikus “Mr Rat” (Mass Reduction Action Task Force) di Balai Rukun Tetangga, Seksyen 21, hari ini.

Menurut data di pihaknya, sebanyak 738 kes dilaporkan tahun lalu dan 171 kes tertumpu di kawasan MBPJ.

“Kita minta supaya semua pihak memandang serius perkara ini kerana kebiasaannya masalah tikus sering berkait rapat dengan tahap kebersihan yang rendah,” katanya.

Pihak berkuasa MPBJ diminta menggiatkan usaha pengurusan sampah dan membendung penularan tikus melalui kerjasama bersama peniaga, penduduk setempat dan badan-badan bukan kerajaan.

Sejumlah 50 perangkap tikus telah diagihkan kepada persatuan peniaga, diikuti penutupan lubang tikus, semburan asap ke lubang tikus dan meracun tikus.

“Sisa makanan atau sampah perlu dibuang secara teratur supaya tikus ini tidak mempunyai ruang atau peluang untuk membiak.

“Semua makanan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas tertutup atau disimpan dalam setor yang teratur dan bersih,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-05-18 14:21:42 daripada Administrator

  •  
  • Print