Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
logo-jatalogo-suk

Portal Rasmi

KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Bahasa | English

LZS: Bayar zakat online peluang terima hadiah umrah

SHAH ALAM, 15 JUN: Pembayaran zakat melalui eZakat Online (eZO) memudahkan pengeluar zakat menyemak akaun sebagai pengguna dan menyemak maklumat bayaran zakat.

Ketua Sektor Dakwah dan Pemasaran Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohamed Syahril Zainol, berkata medium terbaru dilaksanakan itu antara kemudahan terkini bagi menunaikan zakat fitrah atau harta secara atas talian.

“Pengeluar zakat hanya perlu melayari laman web LZS untuk mendaftar dan dapatkan segala maklumat berhubung bayaran zakat.

Lembaga-Zakat-Selangor“Antara perkhidmatan bayaran zakat disediakan adalah ezakatpay, e-spg (Skim Potongan Gaji) dan perbankan internet,” katanya kepada Selangor Kini.

Katanya, LZS turut menggiatkan promosi eZO dengan menganjurkan “Kempen Daftar eZ0″ untuk mengajak lebih ramai pengeluar zakat mendaftar bermula 18 Jun hingga 18 November ini.

Beliau berkata, kempen itu turut menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada pengeluar zakat yang sudah mendaftar secara atas talian antaranya pakej umrah bernilai RM6,000.

“Peluang peserta memenangi hadiah lebih tinggi jika menunaikan zakat sama ada zakat fitrah atau harta sepanjang tempoh kempen menggunakan kaedah dalam talian.

“Kita galakkan pengeluar zakat segera mendaftar bagi merebut hadiah disediakan,” katanya.

http://bm.selangorku.com/category/berita-selangor 


Kemaskini pada 2015-06-22 11:15:08 daripada Administrator

  •  
  • Print