SEJARAH DAN ASAL USUL |
KAMPUNG BATU 12, PUCHONG
Asal nama Kampung Batu 12, Puchong diperolehi melalui batu tanda yang terdapat di jalan utama Puchong-Shah Alam pada ketika itu. Ini kerana kampung ini jaraknya dalah 12 batu dari Kuala Lumpur. Nama peneroka atau ketua masyarakat yang membuka kampung ini dan tahun dibuka tidak dapat dikenal pasti kerana terdapat percanggahan pendapat tentang pembukaan. Kampung ini adalah gabungan 5 buah kampung iaitu Kampung Baru Sri Puchong, Kampung Sri Langkas,Kampung Sri Andalas, Kampung Sri Langkas Tambahan dan Kampung Bersatu. Keluasan kampung ini adalah kira-kira 200 ekar manakala bilangan rumah adalah sebanyak 744 dengan jumlah penduduk seramai 3,740 orang.
Kemaskini pada 2016-05-18 11:00:01 daripada PPTM_ICT