OBJEKTIF PENGURUSAN TANAH 1. Merancang, menyelaras dan melaksanakan pembangunan tanah di daerah hingga ke peringkat yang maksima dalam menjayakan matlamat Dasar Ekonomi Baru; 2. Meningkatkan usaha aktiviti kutipan hasil tanah sebagai sumber pendapatan kepada Kerajaan Negeri; 3. Memastikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dapat diwujudkan untuk kepentingan rakyat dengan penuh muhibbah dan kemesraan; 4. Memastikan peringkat penggunaan tanah yang maksima dan teratur, bersesuaian dengan hasrat Kerajaan untuk mempertingkatkan aktiviti ekonomi yang lebih produktif dan taraf pendapatan yang tinggi; 5. Mewujudkan Penguatkuasaan Undang-Undang Tanah yang cekap dan berkesan. |
UNIT PELUPUSAN
FUNGSI / AKTIVITI UTAMA
1. Memproses Permohonan Pemberimilikan Tanah (Tender/Jualan Terus/Individu/Syarikat/Agensi Kerajaan) Di Bawah Seksyen 76, Kanun Tanah Negara (KTN);
2. Memproses Permohonan Melanjutkan Tempoh Pajakan Di Bawah Seksyen 197 dan Seksyen 76, KTN;
3. Memproses Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (Individu/Syarikat) Di Bawah Seksyen 65, KTN;
4. Permohonan Membaharui Lesan Pendudukan Sementara (Individu/Syarikat);
5. Memproses Permohonan Pajakan Tanah Rizab Kerajaan Di Bawah Seksyen 63, KTN;
6. Memproses Permohonan Permit Ruang Udara Di Bawah Seksyen 75, KTN;
7. Memproses Permohonan Permit Bahan Batuan Di Bawah Seksyen 69 dan Seksyen 70, KTN;
8. Permohonan Membaharui Permit Bahan Batuan;
9. Perizaban dan Pewartaan Di Bawah Seksyen 62, KTN.
SENARAI BORANG PERKHIDMATAN
Kemaskini pada 2022-11-09 11:13:25 daripada Administrator