SOALAN 1 : | Apa itu "Cukai Tanah"? |
JAWAPAN : | Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah; |
Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya adalah cukai tanah atau hasil tanah; dan | |
Apa-apa bayaran yang terhutang kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai tunggakan cukai tanah oleh sebab kaedah-kaedah di bawah Seksyen 14 Kanun Tanah Negara, 1965. | |
|
|
SOALAN 2 : | Bila cukai tanah bagi sesuatu tahun itu harus dibayar? |
JAWAPAN : | Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun, dan selewat-lewatnya sebelum 1hb. Jun setiap tahun. |
|
|
SOALAN 3 : | Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah? |
JAWAPAN : | Seksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah." |
Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuanpunya..."Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan ) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli. | |
|
|
SOALAN 4 : | Mengapa Saya Perlu Membayar Cukai Tanah? |
JAWAPAN : | Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah (atau wakil bagi pihaknya) untuk membayar cukai tanah kepada Pihak BerkuasaNegeri, |
TANPA PERLU MENUNGGU MAKLUMAN MELALUI BIL HASIL TANAH | |
|
|
SOALAN 5 : | Apa yang berlaku jika cukai tanah tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan? |
JAWAPAN : | Fi tunggakan akan dikenakan sebagai tambahan kepada cukai tanah. |
Notis tuntutan (Borang 6A) akan dikeluarkan dan jika tidak dijelaskan dalam tempoh tiga [3] bulan daripada tarikh arahan Notis tersebut, maka tindakan merampas tanah dibawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara akan diambil. | |
|
|
SOALAN 6 : | Dimanakah saya boleh membayar cukai tanah? |
JAWAPAN : | 1. Kaunter Hasil Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor; |
2. Kaunter Hasil Pejabat Tanah/ Daerah di Negeri Selangor; | |
3. Kaunter Hasil Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor (Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah) dan bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai” sahaja | |
4. Kaunter Pejabat Pos di seluruh Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.Bayaran hanya boleh dibuat dalam bentuk “Tunai “ sahaja. | |
|
|
SOALAN 7 : | Bolehkah pembayaran cukai tanah dilakukan secara dalam talian atau “online”? |
JAWAPAN : | Boleh. Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian atau ‘online’. Sila klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut. Maklumat Bayaran Cukai Tanah |
|
|
SOALAN 8 : | Bolehkah pembayaran cukai petak dilakukan secara dalam talian atau “online”? |
JAWAPAN : | Boleh. Anda boleh melakukan pembayaran secara dalam talian atau ‘online’. Sila klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut. Maklumat Bayaran Cukai Petak |
|
|
SOALAN 9 : | Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bil cukai? |
JAWAPAN : | Bil-bil cukai akan dihantar kepada semua pemilik tanah berdaftar mengikut alamat yang didaftarkan pada hakmilik. |
Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab tuan tanah untuk memaklumkan alamat terkini tempat tinggal bagi memastikan bil hasil diterima. | |
Sekiranya bil cukai tanah tidak diterima, pemilik tanah boleh berhubung dengan mana-mana Pejabat Tanah/ Daerah di Selangor atau Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Negeri Selangor | |
|
|
SOALAN 10 : | Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah? |
JAWAPAN : | Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap/pindah milik tidak dapat dilakukan. |
PERINGATAN :
|
|
|
|
SOALAN 11 : | Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai? |
JAWAPAN : | Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap. |
PERINGATAN : Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atau Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap) |
|
|
|
SOALAN 12 : | Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai? |
JAWAPAN : | Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap. |
PERINGATAN : Hakmilik anda telah ditukarganti kepada hakmilik baru atau Hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada hakmilik kekal (tetap) |
|
|
* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Hasil di talian 03-87041043/03-87061211/03-87061212 |
Kemaskini pada 2018-12-24 17:01:34 daripada Administrator