Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Maut terlanggar serpihan tayar

image

Kuala Kubu Bharu: Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas melanggar serpihan tayar lori yang pecah di Kilometer 429.8 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan susur masuk Plaza Tol Bukit Beruntung, di sini, jam 7.40 pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku akibat kegagalan Hesham Ismail, 52, mengelak serpihan tayar lori menyebabkan mangsa terbabas.

 

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, siasatan pihaknya mendapati kejadian membabitkan dua kenderaan iaitu lori jenis Isuzu dan motosikal mangsa yang kedua-duanya menghala ke arah selatan.

"Satu daripada tayar lori di bahagian belakang dikatakan tiba-tiba meletup dan pecah.

"Lori itu kemudian berhenti di lorong kecemasan namun penunggang motosikal tidak sempat mengelak serpihan tayar di jalan lalu terbabas," katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan teruk di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Supramaniam berkata, mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 8:11 PM

Kemaskini pada 2017-03-08 08:41:32 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page