- D.Y.M.M. Sultan Selangor
- D.Y.M.M. Tengku Permaisuri Selangor
- D.Y.T.M. Raja Muda Selangor
- Y.M. Datin Paduka Seri Afzaa Fadini
- Dewan di-Raja Selangor
- Pejabat D.Y.M.M. Sultan Selangor
- Darjah Kebesaran Negeri Selangor
- Galeri Diraja Selangor


DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ
D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor yang ke-9 pada 22 November 2001 bersamaan 6 Ramadhan 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Paduka Ayahanda Baginda, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang pada 8 Mac 2003 bersamaan 4 Muharram 1424 Hijrah. Baginda diputerakan pada 24 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang dan adalah putera sulung kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Paduka Bonda Raja Selangor, Almarhumah Raja Saidatul Ihsan Binti Tengku Badar Shah. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur dan St. John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959 dan melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 sebelum meneruskan pendidikan di Langhurst College, England sehingga tahun 1968. Baginda kemudian kembali ke tanah air dan berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur untuk memperolehi pengalaman dan pengetahuan luas dalam bidang pentadbiran. Pada September 1960 ketika berusia 15 tahun, Baginda telah dilantik sebagai Raja Muda Selangor, dimasyhurkan dengan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menjunjung Duli pada tahun 1970 di Istana Alam Shah, Klang. Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Tengku Zerafina dan Tengku Zatashah, serta seorang Putera, Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor. Pada tahun 1995 hingga 1996, Baginda telah mencipta sejarah apabila melakukan pelayaran mengelilingi dunia di atas kapal layar S.Y Jugra selama 22 bulan. Pada tahun 1997 pula, Baginda menyertai cabaran memandu kereta vintaj dari Peking ke Paris, yang menjangkau jarak 16,000 kilometer selama 43 hari. Pada tahun 2001, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sehingga kini. Pada tahun 2012, Kerajaan Perancis telah mengurniakan Baginda dengan pingat Commandeur de la Legion d’Honneur. Baginda telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Public Administration oleh Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) pada tahun 2001 dan dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) sejak tahun 2002 sehingga kini. Pada tahun 2018, Baginda dianugerahkan Ijazah Kehormat Doctor of Laws oleh University of Nottingham dan Ijazah Kehormat Doctor of the University oleh Heriot-Watt University. Pada 31 Ogos 2016, Baginda telah melangsungkan pernikahan dengan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. |



DULI YANG MAHA MULIA TENGKU PERMAISURI HAJAH NORASHIKIN
D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.
TENGKU PERMAISURI SELANGOR


DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.
RAJA MUDA SELANGOR


YANG MULIA DATIN PADUKA SERI AFZAA FADINI BINTI DATO' ABDUL AZIZ
S.P.M.S.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 terbahagi kepada dua Bahagian. Bahagian Pertama terdiri daripada peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan hal ehwal Kesultanan dan Istana. Bahagian Kedua pula terdiri daripada peruntukan-peruntukan tentang jentera Kerajaan. Dewan di-Raja Selangor ditubuhkan di bawah Perkara XXIII dalam Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perjalanan fungsi-fungsi Baginda dan untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang dinyatakan dengan khusus dalam Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh. Terdapat juga fungsi khusus yang diberikan kepada Dewan di-Raja dalam Perkara XCVIII dalam bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh.
SECARA UMUMNYA, FUNGSI DEWAN DI-RAJA YANG DINYATAKAN DENGAN KHUSUS DALAM UNDANG-UNDANG TUBUH BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA (3) KATEGORI:
1) KUASA MUTLAK
» Fungsi untuk menjalankan kuasa yang terletak hak khusus pada Dewan di-Raja sahaja.
2) FUNGSI BERSAMA
» Fungsi untuk menjalankan kuasa yang diberikan kepada Dewan di-Raja dan kepada pihak lain.
3) FUNGSI PERUNDING
» Fungsi sebagai badan untuk dirundingi.
DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
D.K., D.M.N., D.K. (TERENGGANU), D.K. (KELANTAN), D.K. (PERAK), D.K. (PERLIS), D.K. (NEGERI SEMBILAN), D.K. (KEDAH), D.K. (JOHOR), D.K. (PAHANG), S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.J.,
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SERTA SEGALA DAERAH TAKLUKNYA
DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA SELANGOR
Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
D.K., S.P.M.S., S.S.I.S., S.P.M.K.
Y.A.M. TENGKU BENDAHARA SELANGOR (KOSONG)
Y.A.M. TENGKU LAKSAMANA SELANGOR
Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
D.K. (Johor), D.K. II, S.P.M.J., S.P.M.S., S.J.M.K., P.I.S.
Y.A.B. DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
Dato’ Seri Amirudin bin Shari
S.P.M.S.
Y.A.D. PENGERUSI MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
Senator Dato’ Setia Haji Salehuddin bin Saidin
S.S.I.S., A.M.S., P.P.T.
SAHIBUS SAMAHAH DATO’ SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR
Dato’ Setia Dr. Haji Anhar bin Haji Opir
S.S.I.S., D.P.M.S.
Orang yang berhak kepada Takhta dan Kesultanan Selangor selepas Waris Utama
Y.A.M. TENGKU PANGLIMA BESAR SELANGOR
Tengku Abdul Samad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
D.K. II, S.S.S.A.
Y.A.M. TENGKU PANGLIMA RAJA SELANGOR
Tengku Ahmad Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj
D.K. II, S.S.S.A., S.P.T.J., S.S.M.T., D.P.M.S., P.S.D.
Y.A.D. TENGKU INDERA PAHLAWAN DIRAJA
Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj
D.K. II, S.S.I.S., D.S.S.A., D.J.M.K.
Y.A.D. TENGKU SERI WANGSA DIRAJA
Tengku Dato’ Setia Ramli Alhaj bin Tengku Shahruddin Shah Alhaj
D.K. II, S.S.I.S., D.S.S.A., S.M.S., P.J.K.
Orang-orang Besar Daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Gombak, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sepang dan Petaling, dan mana-mana orang Melayu lain yang telah dianugerahi atau akan selepas ini dianugerahi apa-apa pangkat atau gelaran atau Darjah atau Pingat Penghormatan mengikut Perkara XXXVIII. [Tafsiran, Perkara IV (1), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, m.s. 14]
Y.A.D. ENGKU SETIA LELA BESTARI
Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj bin Raja Tun Uda Alhaj
D.K. II, P.S.M., S.P.M.S., S.S.T.M., S.S.A.P., D.S.S.A., P.J.N.
Y.A.D. TAN SRI DATO’ SETIA MOHD ZAWAWI BIN SALLEH
P.S.M., S.M.W., S.P.S.K., S.S.I.S., D.S.S.A.
Y.A.D. TAN SRI DATO’ SERI MUHAMMAD BIN IBRAHIM
P.S.M., P.J.N., S.P.M.S., S.J.M.K.
Y.A.D. DATO’ SETIA HAJI HARIS BIN KASIM
S.S.I.S., D.P.M.S., A.S.A., P.P.T.
Y.A.D. TAN SRI DATO' MAZLAN BIN MANSOR
P.S.M., S.S.I.S., D.P.M.S., D.I.M.P., D.M.S.M., D.P.T.S., P.G.P.P., P.C.M., P.S.P.P., P.P.A., P.J.P.N.
Bukan Ahli Dewan Undangan atau Dewan Rakyat, yang daripada mereka sekurang-kurangnya seorang hendaklah anggota Majlis Agama Islam. Mana-mana lelaki Melayu Selangor yang menganut agama Islam mengikut mazhab Shafii berumur tidak kurang daripada 35 tahun, dan diakui telah dilahirkan sah taraf dan dengan sah dan di samping itu boleh membaca dan menulis bahasa Melayu dan mempunyai reputasi, akal budi, sifat, resmi, perawakan dan tingkah laku yang baik dan terpuji. [Tafsiran, Perkara IV (1), Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor, m.s. 14].
Y.A.D. TAN SRI DATO’ SETIA HAJI AMBRIN BIN BUANG
P.S.M., S.S.I.S., S.P.S.K., P.N.B.S., D.P.M.S., D.P.P.N., K.M.N.
Y.A.D. DATO’ SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA
S.S.I.S., D.S.S.A., K.M.N., A.M.N.
SAHIBUL FADHILAH AL–‘ALIM AL–‘ARIF
Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid
S.S.I.S., D.P.M.S., P.P.T.
Y.A.D. ENGKU ORANG KAYA MAHA BIJAYA HULU SELANGOR
Raja Dato’ Muzaffar Alhaj bin Raja Redzwa
D.S.I.S.
Y.A.D. DATO’ ORANG KAYA MAHA BIJAYA KLANG
Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi
S.S.I.S., A.S.A., P.P.T.
Y.A.D. DATO’ HAJI MOHD KHAY BIN IBRAHIM
D.I.M.P., D.S.I.S.
Y.A.D. ENGKU SRI PADUKA DIRAJA
Raja Dato’ Reza Alhaj bin Raja Dato' Zaib Shah Alhaj
D.S.I.S., S.M.S.
SETIAUSAHA DEWAN DI-RAJA SELANGOR
Yang Berbahagia Datin Paduka Hajah Hanafisah binti Haji Jais
D.S.I.S., S.M.S.
hanafisah[at]selangor.gov.my
PENOLONG SETIAUSAHA DEWAN DI-RAJA SELANGOR
Encik Ishom Noor bin Mohammad Noor
ishomnoor[at]selangor.gov.my
DEWAN DI-RAJA SELANGOR, TINGKAT 24 BANGUNAN SSAAS, 40503 SHAH ALAM SELANGOR
No Fax : 03-5544 7789
No Tel : 03-5544 7004

Menjadikan Istana Alam Shah sebagai Pentadbiran Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang tersohor di Malaysia serta dicontohi oleh pentadbiran di istana negeri-negeri lain dan dikenali oleh semua peringkat Jabatan Kerajaan, Swasta dan Awam.
Memberi pendedahan serta meningkatkan ilmu pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor supaya berprestasi tinggi, berdisiplin, cekap dan berkualiti dalam melaksanakan tugas selaras dengan pengiktirafan Standard MS ISO 9001:2015.
Pihak pengurusan akan memastikan pengurusan pentadbiran pejabat ini memenuhi keperluan dan kehendak semasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan pihak yang berkepentingan mengikut protokol dan perundangan yang berkaitan mengikut pekeliling-pekeliling semasa yang berkuatkuasa serta keperluan Standard MS ISO 9001:2015. Keberkesanan sistem pengurusan kualiti Pejabat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor akan disemak semula mengikut tempoh yang ditetapkan bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

ISTANA-ISTANA RASMI DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR
| ISTANA | ALAMAT | TEL./FAKS |
|---|---|---|
| ISTANA ALAM SHAH | Jalan Istana, 41500 Klang, Selangor Darul Ehsan | 03-3371 3411 03-3371 3424 03-3371 3525 03-3371 3325 03-3371 3446 03-3371 6969 |
| ISTANA BUKIT KAYANGAN | Jalan Laksamana 12/1, Seksyen 12, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan | 03-5519 1636 03-3371 6287 |
| ISTANA SELANGOR | Jalan Sultan Salahuddin, 50483 Kuala Lumpur | 03-2693 7759 03-2697 2866 |
| ISTANA DARUL EHSAN | Jalan P & E, Presint 8, 62250 Putrajaya | 03-8888 3311 03-8888 9811 03-8888 2233 |
| ISTANA MESTIKA | 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan | 03-5519 4242 03-5519 8181 |

S.P.B. mencipta Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz. Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Yang di-Pertuan Agong XI. Asal usulnya terletak di Jalan Kota Raja, Syahbandaraya (Kampung Jawa) di Klang. Galeri Diraja, yang terletak di dalam kawasan istana, dahulunya adalah Muzium Kenangan." Almarhum membiayai sepenuhnya pembinaan, yang selesai pada tahun 1988. Almarhum telah mengarahkan kerja-kerja pengubahsuaian untuk membolehkan premis ini dibuka kepada umum pada tahun 1996.
Almarhum meminta Muzium Kenangan ditukar nama kepada Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz pada tahun 1998, mengambil sempena nama kelahiran Almarhum. Galeri Diraja diubah suai dan dibuka kepada umum pada tahun 2000 dengan sokongan kerajaan negeri. Galeri Diraja telah ditutup buat sementara selepas Almarhum meninggal dunia setahun kemudian. Kemudian, D.Y.M.M. Pada tahun 2001, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menaiki tahta dan memutuskan untuk meneruskan usaha Almarhum Ayahanda Baginda. Galeri Diraja yang baru dibina di Bangunan Sultan Suleiman, yang dibina pada tahun 1909.
Kerja konservasi dimulakan pada awal tahun 2005 dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Negeri dan pihak perunding. Tujuh belas bulan kemudian, semua kerja pembinaan dan pengubahsuaian bangunan 17,000 kaki persegi itu selesai, termasuk pembinaan bangunan pentadbiran dan stor baru. Galeri Diraja dibuka kepada umum pada 1 November 2007, pada tanggal 17 Oktober 2007. Baginda berharap semua orang menggunakan Galeri Diraja sepenuhnya supaya mereka dapat lebih memahami Kesultanan Selangor dan menghargai pengorbanan Almarhum Paduka Ayahanda Baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Ini disebabkan oleh fakta bahawa penyelidikan di Galeri Diraja tertumpu pada kehidupan Almarhum, yang telah memerintah Selangor selama lebih 39 tahun sebagai Sultan Selangor ke-8 dan lebih 2 tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11.
Titah D.Y.M.M. Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ditadbir oleh Yayasan Sultan Abdul Aziz Shah. Ia dipanggil Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Galeri menjaga warisan diraja Selangor di bawah kepimpinan yang dihormati ini. Mereka mengajar pengunjung sejarah dan warisan budaya keluarga diraja Selangor. Dengan menggunakan pameran dan koleksi yang dikemas kini dengan teliti oleh D.Y.M.M., Galeri ini, bersama-sama dengan sultan dan pasukan, terus memelihara dan merayakan tradisi unik negeri ini.
PENGERUSI
Y.A.D. Tengku Dato' Setia Putra Alhaj bin Tengku Azman Shah Alhaj
D.K. II, S.S.I.S., D.S.S.A., S.M.S.
AHLI LEMBAGA PENGARAH
Y.A.D. Tengku Dato' Setia Ramli Alhaj bin Tengku Shahruddin Shah Alhaj
D.K. II, S.S.I.S., D.S.S.A., S.M.S., P.J.K.
PENGURUS BESAR
YBhg. Dato' Munasor Aliyasak
D.S.I.S., S.I.S., A.M.S., P.P.T.
PAUTAN KE MEDIA SOSIAL
PAUTAN KE LAMAN WEB RASMI - GALERI DIRAJA SULTAN ABDUL AZIZ



