Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Cedera tersepit lori terbabas

image

Kuala Kubu Bharu: Pemandu lori cedera apabila lori satu tan dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam curam di Kilometer 433.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Rawang, 11 pagi tadi.

 

Lelaki berusia 30-an itu tersepit dan terpaksa diselamatkan anggota bomba.

Komander Operasi, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Harashid Rusli berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.33 pagi sebelum enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Lori itu membawa muatan produk makanan dan terbabas lalu jatuh ke dalam curam sedalam kira-kira 15 meter.

 

"Mangsa dibawa naik ke tempat selamat sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk menyelamatkan mangsa dan mangsa mengalami kecederaan di paha kiri.

 

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 6:27 PM

Kemaskini pada 2017-03-23 08:22:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page