Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
jata2

PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH / TANAH HULU SELANGOR
BERDISIPLIN, AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KERJA BERPASUKAN

 

Faq
Soalan
Lazim
HubungiKami
Hubungi
Kami
Aduan
Aduan dan
Maklum Balas
Peta
Peta
Laman

Suapan terakhir dua beradik

Kuala Kubu Bharu: Makan tengah hari tadi menjadi suapan terakhir dua beradik kepada ibunya Hasina Ibrahim selepas kedua-duanya ditemui lemas di Sungai SKC Bukit Beruntung, petang tadi.

Hasina, 45, berkata, anak bongsunya Shahrizwan Abdullah, 10, dan anak kelima Shahrizat Abdullah, 12, daripada tujuh beradik itu manja dengannya dan sering menyuapnya makan memandangkan keadaan kesihatannya tidak mengizinkan sejak kebelakangan ini.

"Waktu makan tengah hari tadi mereka akan suap saya. Saya akan suap mereka. Kira-kira 3 petang mereka keluar bermain dan kebiasaannya mereka akan berlegar-legar di kawasan rumah sahaja memandangkan kami baru sahaja berpindah ke sini tiga bulan lalu.

"Mereka tidak pernah ke sana kerana lokasinya agak jauh dari rumah. Mereka juga tidak memaklumkan kepada saya untuk bermain di longkang berkenaan," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di sini, malam tadi.

 

Shahrizwan dan Shahrizat antara tujuh kanak-kanak yang dikhuatiri lemas ketika memancing di kawasan berkenaan sebelum ditemui 6.50 petang tadi.

Menurut Hasina, kedua-dua anaknya yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya itu tidak menunjukkan sebarang tanda pelik sebelum kejadian.

 

"Mereka pergi beramai-ramai ke longkang berkenaan untuk menangkap ikan, dan air di kawasan itu cetek. Mungkin hujan lebat menyebabkan arus deras menghanyutkan mereka.

"Nasib baik seorang daripada mereka tidak turun ke longkang berkenaan dan terselamat sebelum dia memaklumkan kejadian kepada penduduk di kawasan rumah.

"Alhamdullillah, sekurang-kurangnya jenazah mereka ditemui. Saya redha dengan ujian ini walaupum kehilangan dua anak sekali gus," katanya sambil menahan sebak.

Kedua-dua jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung.


Kemaskini pada 2017-03-23 09:06:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page